Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Kenyataan Rasmi : Smart Circle Sesi Baharu

Kenyataan Rasmi : Smart Circle Sesi Baharu

logo baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur dipanjatkan kepada Allah ‘azza wa jalla kerana memberi keizinan nafas dan kudrat kepada kita, tidak lain untuk kita kembali kepadaNya. Selawat dan salam kepada kekasih tercinta Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam,asbab kecintaan baginda yang tinggi kepada umatnya, kita mampu menikmati Islam dan Iman yang dikecapi hari ini.

Smart Circle yang bertujuan menjalin hubung persaudaraan umat khususnya di Bumi Mesir ini, pada sesi ini disegarkan kembali. Mengambil iktibar daripada apa yang ditonjolkan Nabi ketika perkumpulan di Baitul Arqam, persaudaraan Aus dan Khazraj, persahabatan Muhajirin dan Ansar, maka kita juga seharusnya membayar perhatian pada erti sebuah persaudaraan.

Kata hukama, “Ukhuwah adalah satu-satunya ibadah yang kekal sehingga hari kiamat.”

Benarlah, pada hari tiada solat dan zakat, amanah dan tanggungjawab, jihad dan pengorbanan, namun bayu ukhuwah terus wujud di lembayung syurga Allah taala.

Justeru, kami mengajak agar kita kembali menyegarkan ukhuwah sesama kita melalui Smart Circle yang digarapkan buat ahli PERUBATAN khususnya di Zagazig.

Dengan ini diumumkan, Smart Circle peringkat Zagazig sesi baharu 2015/2016 akan bermula pada 1 November 2015.

Kami tinggalkan kalian dengan pesan Allah taala daripada surah  Al-Hijr ayat 47;

“(Penghuni syurga itu adalah orang yang) kami cabutkan rasa hasad dengki daripada mereka sehingga mereka berada dalam suasana kasih sayang, serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.”

 

12180835_10201008931581065_1676115081_o

 

 

 

 

 

UMAR IZUDIN BIN MHD RAMLI
Ketua Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016.

 

12193976_10201008928500988_1731924159_o

 

 

 

 

 

NOR HANNAN SYAZWANIE BINTI MOHD SYUKRI
Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016.

 

Tinggalkan komen anda