Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi : Pemangkuan AJKT PCZ 2015/2016 Fasa 2

Kenyataan Rasmi : Pemangkuan AJKT PCZ 2015/2016 Fasa 2

logo baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini dan terus diberi kesempatan dalam melaksanakan amal soleh sebanyak mungkin demi merasai kemanisan iman dalam kehidupan di dunia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak melalui perit manis ranjau perjuangan demi memastikan keunggulan Islam tertegak di bumi Allah ini. Tidak lupa juga  kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang turut memperjuangkan agamaNya sehingga keakhir zaman.

Bersempena dengan cuti musim panas ini, terdapat beberapa AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) Sesi 2015/2016 yang telah dan akan pulang ke Malaysia atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa di Mesir.

Merujuk Fasal 28 Perkara 3 (b) dalam Perlembagaan PERUBATAN berkaitan Kekosongan Jawatan:

Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh   mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran gerak kerja di Mesir, AJKT PCZ telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa semua fungsi dan tugasan AJKT yang tidak berada di Mesir akan dipangku oleh sebahagian AJKT yang masih berada di Mesir sepanjang cuti ini sehinggalah AJKT tersebut pulang semula bagi menyambung tugasan seperti biasa.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PCZ:

Portfolio

Nama AJKT Tarikh Meninggalkan Mesir Tarikh Pulang ke Mesir

Pemangku

Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan

Mohd Taha Ariff bin Isa Ali 17 September 2015 18 Oktober 2015 Muhammad Miftahuddin
bin Sufyan
(01152750614)

Timbalan Pengerusi

Ku Fathin Afifah bt Ku Roseli

18 September 2015

17 Oktober 2015

Nurul Fatin Ajlaa bt Shaari
(01115049262)

Timbalan Jabatan Bendahari Nisrin bt Che Rahmat

16 September 2015

29 Oktober 2015

‘Aifaa ‘Alyaa bt Ismail (01156652993)

Timbalan Ketua Biro Akademik Liyana bt Rosli  4 September 2015 4 Oktober 2015

Norfaizah bt Ismail (01156679448)

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar ahli PCZ dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PCZ sepanjang cuti musim panas ini.

Sekian, wassalam.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Disediakan oleh:

syahmi
Ahmad Syahmi bin Azhar
Pengerusi, 
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016

ku fathin

Ku Fathin Afifah bt Ku Roseli
Timbalan Pengerusi, 

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016

Tinggalkan komen anda