Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi : Pemangkuan AJKT PCZ 2015/2016

Kenyataan Rasmi : Pemangkuan AJKT PCZ 2015/2016

logo baru

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Ramadan Kareem. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini dan terus diberi kesempatan dalam melaksanakan amal soleh sebanyak mungkin demi merasai kemanisan iman dalam kehidupan di dunia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak melalui perit manis ranjau perjuangan demi memastikan keunggulan Islam tertegak di bumi Allah ini. Tidak lupa juga  kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang turut memperjuangkan agamaNya sehingga keakhir zaman.

Bersempena dengan cuti musim panas ini, terdapat beberapa AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) Sesi 2015/2016 yang telah dan akan pulang ke Malaysia atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa di Mesir.

Merujuk Fasal 28 Perkara 3 (b) dalam Perlembagaan PERUBATAN berkaitan Kekosongan Jawatan:

Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran gerak kerja di Mesir, AJKT PCZ telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa semua fungsi dan tugasan AJKT yang tidak berada di Mesir akan dipangku oleh sebahagian AJKT yang masih berada di Mesir sepanjang cuti ini sehinggalah AJKT tersebut pulang semula bagi menyambung tugasan seperti biasa.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PCZ:

Portfolio Nama AJKT Tarikh Meninggalkan Mesir Tarikh Pulang ke Mesir Pemangku
Bendahari Shukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar 14 Julai 2015 4 Ogos 2015 Umar Izudin bin Mhd Ramli (01146456618)
Ketua Biro Akademik Muhammad Miftahuddin bin Sufyan 1 Ogos 2015 1 September 2015 Mohd Zulfadzli bin Yamin (01146249164)
Ketua Biro Ekonomi Munzir bin Hassan 15 Julai 2015 5 Ogos 2015 Adiy Yusof bin Ishak (01116603750)
Naib Pengerusi 2 Nurul Fatin Ajlaa bt Shaari 10 Julai 2015 12 Ogos 2015 Ku Fathin Afifah bt Ku Roseli (01119039681)
Timbalan Ketua Biro Akademik Liyana bt Rosli 3 Ogos 2015 7 September 2015 Nisrin bt Che Rahmat (01144531698)
Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan Nur Hannan Syazwanie bt Mohd Nor Shokri 1 Julai 2015 31 Julai 2015 ‘Aifaa ‘Alyaa bt Ismail (01156652993)
Timbalan Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan Nur Nadiah bt Mohd Khairi 23 Jun 2015 10 Ogos 2015 Siti Nor Sarah bt Hanipah (01156620466)
Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar Farzana Izzati bt Khairul Anwar 15 Julai 2015 1 September 2015 Norfaizah bt Ismail (01156679448)[15 – 31 Julai]

 

Nur Hannan Syazwanie bt Mohd Nor Shokri (01140062558)

[1 Ogos – 1 September]
Timbalan Ketua Biro Ekonomi Siti Nor Sarah bt Hanipah 30 Julai 2015 10 September 2015 Nisrin bt Che Rahmat (01144531698)

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar ahli PCZ dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PCZ sepanjang cuti musim panas ini.

Sekian, wassalam.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

Disediakan oleh :

syahmi

Ahmad Syahmi bin Azhar

Pengerusi, 
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016

ku fathin

Ku Fathin Afifah bt Ku Roseli

Timbalan Pengerusi, 
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016

Tinggalkan komen anda