Home > Menu > Informasi > FAQ : Majlis Ketua Batch (MKB)

FAQ : Majlis Ketua Batch (MKB)

 Umum

1) Apakah Majlis Ketua Batch (MKB)?

Majlis Ketua Batch (MKB) ini merupakan satu organisasi yang diwujudkan dibawah kelolaan Naib Pengerusi PCZ yang dianggotai oleh seorang Ketua dan seorang Timbalan Ketua daripada setiap batch (jurusan perubatan) dan keseluruhan ahli (jurusan farmasi).

2) Apakah tujuan (objektif) MKB ini ditubuhkan?

  1. Memperkemaskan sistem pentadbiran PERUBATAN Cawangan Zagazig agar lebih kemas dan tersusun.
  1. Menjadi salah satu medium bagi pimpinan PCZ untuk mengetahui pandangan dan permasalahan ahli dengan lebih sistematik dan seterusnya menyalurkan bantuan dan tindakan dengan lebih efisien.
  1. Memudahkan PCZ menyalurkan maklumat kepada semua ahli dengan lebih sistematik dan menyeluruh.
  1. Memupuk dan mendidik ahli dalam melibatkan diri dalam aktiviti persatuan.
  1. Mengukuhkan ukhuwwah dan kesatuan antara ahli dengan pelaksanaan program/aktiviti di peringkat batch.
  1. Melatih daya kepimpinan dalam kalangan ahli batch melalui perwakilan yang dilantik.

3) Adakah perbezaan MKB yang akan dilancarkan ini dengan pelaksanaan di PERUBATAN Cawangan lain?

MKB di peringkat PCZ berbeza daripada sudut organisasi dan pergerakan berbanding pelaksanaan di cawangan lain, mengambil kira taburan jumlah ahli mengikut jurusan dan batch di Universiti Zagazig.

4) Sebelum ini, PCZ telah lancarkan Batch Panelist Council (BPC), apakah perbezaan antara BPC dan MKB?

Idea asal penubuhan ini telah diutarakan kepada PCZ sesi 2012/2013 dan berjaya dilaksanakan dengan menggunakan nama Batch Panelist Council (BPC).  Namun, atas beberapa permasalahan yang timbul pada pelaksanaan sesi seterusnya telah menyebabkan BPC terpaksa dibekukan buat sementara waktu untuk pengkajian semula bagi penambahbaikan. Setelah itu, idea ini sekali lagi dibangkitkan pada Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC)  2013/2014 dan akhirnya pada sesi kali ini idea ini diteruskan kembali dengan penjenamaan semula sebagai Majlis Ketua Batch (MKB).

 Pemilihan MKB

5) Bagaimanakah pemilihan MKB ini dibuat?

Pencalonan dan pengundian dibuat oleh ahli batch di bawah kendalian Jawatankuasa Pemilihan MKB yang terdiri daripada wakil setiap batch yang dilantik oleh Naib Pengerusi.

6) Bilakah pemilihan ini akan dijalankan?

Pemilihan ahli Majlis Ketua Batch (MKB) akan dijalankan apabila bermula sesi pengajian kuliah yang baru.

7) Siapakah yang layak menjadi calon MKB?

Semua ahli adalah layak untuk dicalonkan sebagai calon Majlis Ketua Batch kecuali :

  1. MTP
  2. AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig
  3. Mana-mana individu yang memegang jawatan dalam pertubuhan lain selain PERUBATAN
  4. Jawatankuasa Pemilihan MKB
  5. Mana-mana individu yang ditafsirkan sebagai melanggar etika dan perlembagaan PERUBATAN

8) Mengapakah ahli Jawatankuasa Pemilihan MKB (JPMKB) tidak dibenarkan untuk dicalonkan?

Ahli Jawatankuasa Pemilihan MKB tidak dibenarkan untuk dicalonkan bagi menjaga ketelusan JPMKB dalam mengendalikan pemilihan MKB batch tersebut.

9) Ahli MKB yang menang, adakah nanti boleh dicalonkan untuk AJKT PCZ?

Rujuk etika Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC).

10) Adakah akan diasingkan batch bagi jurusan farmasi dan perubatan?

Ya.

11) Berapakah bilangan ahli MKB bagi setiap batch?

Bilangan ahli MKB adalah seorang Ketua Batch serta seorang Timbalan Ketua Batch daripada setiap batch (jurusan perubatan) dan keseluruhan ahli (jurusan farmasi).

Bidang Tugas MKB.

12) Secara ringkas, apakah bidang tugas MKB?

  1. Menjadi wakil batch masing-masing dalam setiap perbincangan bersama Naib Pengerusi.
  2. Menjadi salah satu medium perantaraan antara pimpinan PCZ dengan ahli batch.
  3. Menyalurkan segala maklumat berkenaan dengan kebajikan dan permasalahan pelajar kepada Naib Pengerusi untuk mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya oleh AJKT PCZ.
  4. Memastikan kebajikan ahli batch terjaga.
  5. Merancang program di peringkat batch dan dibawa ke peringkat Panitia Perancang PCZ untuk kelulusan.
  6. Memberikan kerjasama kepada AJKT PCZ dalam gerak kerja melibatkan ahli batch.
  7. Sentiasa berusaha mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong sesama batch mahupun batch yang berlainan agar jaringan ukhuwwah dapat diperluaskan.

13) Adakah berlaku pertindanan gerak kerja MKB dengan gerak kerja Biro Akademik?

Tidak. Gerak kerja Biro Akademik tetap akan berjalan seperti biasa manakala gerak kerja MKB adalah dibawah pantauan Naib Pengerusi merangkap Panitia Perancang.

Birokrasi : Perbezaan Dengan Gerak Kerja Sedia Ada

14) Adakah dengan tertubuhnya MKB akan berlaku lebih banyak birokrasi dalam gerak kerja PCZ?

Tiada pertambahan birokrasi, malah MKB diletakkan secara terus dibawah Naib Pengerusi untuk mengelakkan pertambahan birokrasi.

15) Adakah MKB sama fungsinya dengan CP/CVP?

Tidak.

16) Adakah sistem CP/CVP akan dihapuskan selepas ini?

Tidak.

17) Apakah perbezaan tersebut?

MKB menjaga kebajikan ahli batch keseluruhan manakala CP/CVP hanya bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan kuliah di universiti.

18) Adakah ZAP akan digerakkan oleh MKB oleh kerana perjalanannya adalah mengikut batch?

Tidak. Unit ZAP adalah dibawah kelolaan Biro Akademik (BCAD), untuk memudahkan pengurusan akademik bagi semua batch.

19) Adakah ZMT akan berada di bawah MKB?

Tidak. ZMT mempunyai struktur organisasi induk dibawah kelolaan BCAD dan pelaksanaannya adalah mengikut GEN ZMT yang berlaku percampuran batch.

Program

20) Adakah MKB boleh membincangkan untuk penganjuran program?

Ya. Perbincangan penganjuran program hendaklah dibuat bersama ahli batch dan dipanjangkan kepada Naib Pengerusi.

21) Apakah jenis program yang boleh dianjurkan oleh MKB?

Program yang hanya melibatkan ahli batch tersebut, mengikut keperluan semasa batch dan hendaklah tidak melanggar etika program yang ditetapkan.

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

Naib Pengerusi 
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016.

Tinggalkan komen anda