Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Kronologi Isra’ Mikraj

Kronologi Isra’ Mikraj

ISRA’ MIKRAJ : DALAM PENSYARIATAN SOLAT

isra mikraj

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Isra’ : 1)


27 Rejab mengikut kalendar Hijrah merupakan hari yang bersejarah bagi umat Islam. Ia merupakan hari bermulanya pensyariatan solat lima waktu kepada ummat Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini telah menyaksikan bahawa Nabi Muhammad SAW telah diangkat ke langit untuk bertemu Allah Taala dalam masa yang singkat. Perjalanan baginda Rasulullah SAW ini dinyatakan di dalam kitab suci al-Quran pada ayat pertama surah al-Isra’. Hanya yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulullah-Nya sahaja akan membenarkan peristiwa tersebut.

Semoga dengan kita mengingati peristiwa tersebut dapat meningkatkan keimanan dan keyakinan kita dalam melaksanakan tuntutan ibadah khusus mahupun umum dan seterusnya dapat merasai kemanisan dalam melaksanakannya.

‘Muslim Sejati Generasi Rabbani’
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016

Tinggalkan komen anda