Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi : Yuran Pengajian Bagi Pelajar Mengulang Tahun

Kenyataan Rasmi : Yuran Pengajian Bagi Pelajar Mengulang Tahun

logo baru

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah kurniaNya kita masih diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat baginda.

Berhubung beberapa kekeliruan yang telah timbul mengenai kadar bayaran yuran bagi mereka yang mengulang tahun, pihak PCZ telah cuba mendapatkan kepastian daripada pihak universiti berkenaan isu ini sejurus selepas kenyataan rasmi sebelum ini dikeluarkan.

Pada 19 Mei 2015, telah berlangsung satu pertemuan diantara pimpinan tertinggi PCZ dengan pihak universiti dalam merungkai kekeliruan yang telah berlaku. Dalam pertemuan tersebut, pihak PCZ telah mengemukakan perbincangan untuk beberapa perkara berkaitan para pelajar dan salah satu perkara yang dibincangkan adalah berkaitan yuran. Hasil perbincangan telah memutuskan bahawa pada masa sekarang, kadar bayaran yuran yang ditetapkan bagi pelajar yang mengulang tahun adalah masih sama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu 1500USD untuk setiap subjek. Sekiranya berlaku sebarang perubahan, pihak universiti akan memaklumkan perkara tersebut kepada pelajar.

Pada kesempatan ini, kami di pihak Jabatan Bendahari menyeru agar para pelajar dapat menyelesaikan bayaran yuran pengajian kalian kepada pihak universiti. Ini adalah bagi memastikan tiada masalah yang bakal timbul pada masa hadapan berkaitan pembahagian buku atau sekatan ketika ingin mendapatkan keputusan peperiksaan akhir nanti. Jika para pelajar mempunyai sebarang permasalahan atau kekeliruan berkaitan yuran, kalian boleh menghubungi pihak kami Jabatan Bendahari PCZ.

Akhir kata, kami di pihak Jabatan Bendahari memohon maaf di atas kekeliruan yang telah dikeluarkan dalam kenyataan rasmi sebelum ini.

Di harap dengan penjelasan yang telah diberikan dapat merungkai segala kekeliruan yang telah berlaku.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

Jabatan Bendahari

maulana - bendahari

Shukri Muslim Maulana Bin Mahamad Anuar

Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016

JB - NISRIN

Nisrin Binti Che Rahmat

Timbalan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016

Tinggalkan komen anda