Home > Menu > Informasi > Jadual Mushrif JAKSI 2015

Jadual Mushrif JAKSI 2015

mushrif

Makluman buat semua ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig, berikut merupakan jadual musyrif JAKSI yang terkini.

Terdapat beberapa etika yang perlu dipatuhi dalam menggunakan perkhidmatan musyrif JAKSI PERUBATAN Cawangan Zagazig:

1. Diharapkan kepada mereka yang diamanahkan sebagai musyrif dapat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan seikhlas hati.

2. Musyrif yang ditetapkan untuk bertugas adalah berdasarkan kawasan kediaman masing-masing bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak yang berkenaan.

3. Mana-mana akhawat yang ingin menggunakan perkhidmatan musyrif disarankan untuk menghubungi musyrif yang menetap berdekatan dengan lokasi semasa masing-masing.

4. Harus diingatkan bahawa bilangan minimum untuk mendapatkan perkhidmatan musyrif ialah sebanyak 2 orang akhawat.

5. Para akhawat dinasihatkan untuk menghubungi musyrif yang bertugas dengan adab yang sopan serta menjaga tatasusila komunikasi antara ikhwah dan akhawat.

6. Para akhawat diharapkan dapat membuat temu janji seawal mungkin dengan musyrif yang bertugas berserta maklumat perjalanan selengkapnya untuk memudahkan urusan kedua-dua pihak.

7. Temu janji perlu dibuat SELEWAT-LEWATNYA setengah jam sebelum waktu perjalanan sebenar. Jika maklumat permintaan musyrif diberikan lewat dari tempoh itu, musyrif tersebut berhak menggunakan budi bicaranya untuk menerima atau menolak permintaan akhawat tersebut. Perkara ini turut diambil kira ketika berurusan dengan musyrif semasa kecemasan.

8. Para akhawat digalakkan untuk tidak berada di luar rumah selepas jam 11.00 P.M. kerana perkhidmatan musyrif berjadual ini akan berakhir pada jam 11.00 P.M.pada setiap hari (melainkan keadaan yang layak ditafsir sebagai darurat syariah).

9. Persetujuan pihak musyrif adalah bergantung kepada budi bicara masing-masing.

10. Para akhawat yang menggunakan perkhidmatan musyrif disarankan untuk menanggung sebarang kos perjalanan(tambang dan sebagainya) yang perlu dibelanjakan oleh musyrif.

11. Pihak musyrif dan para akhawat perlulah sentiasa menjaga adab masing-masing dan menjaga ikhtilat agar tidak mencemarkan nama baik JAKSI dan PERUBATAN Cawangan Zagazig.

12. Unit Operasi dan Keselamatan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berlaku kepada para akhawat yang tidak menggunakan perkhidmatan musyrif yang disediakan oleh JAKSI.

13. Sebarang aduan, kritikan dan cadangan yang dirasakan bernas boleh diajukan kepada Pengarah atau Timbalan Pengarah JAKSI.

Terima kasih dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada semua musyrif yang tersenarai untuk menjalankan amanah ini.

“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”
Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI)
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016

Tinggalkan komen anda