Home > Menu > Berita > Tragedi Hitam di Salam Sadnawi

Tragedi Hitam di Salam Sadnawi

ZAGAZIG, 23 Februari 2015 – Telah berlakunya satu kebakaran di Imarah Lif iaitu sebuah kediaman pelajar Malaysia di kawasan Salam Sadnawi. Menurut mangsa kejadian yang juga merupakan penghuni tingkat satu imarah tersebut, kejadian ini mula disedari apabila melihat kepulan asap mula memasuki rumah mereka.

Setelah digesa oleh warga tempatan, mereka bergegas keluar daripada rumah tersebut dan diikuti oleh rumah-rumah yang lain di tingkat dua dan seterusnya.

Kebakaran tersebut akhirnya berjaya dipadam oleh pihak bomba sekitar jam 9.00 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua mangsa telah berjaya menyelematkan diri daripada kebakaran ini. Kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas pada meter elektrik imarah tersebut.

 IMG-20150224-WA0002

IMG-20150224-WA0001

Terdapat beberapa buah rumah yang telah ditempatkan ke rumah ahli yang lain buat sementara waktu. Rumah yang terlibat adalah seperti berikut (wakil) :

Tingkat 1 : Nik Hani Kamilah Bt Mohd Salleh (Tahun 4 Farmasi) dan Nabilah Bt Kasim (Tahun 4 Farmasi)
Tingkat 3 : Siti Sarah Bt Mohammad Khairi (Tahun 3 Medik) dan Zulaikha Azmi (Tahun 3 Medik)
Tingkat 4 : Nur Syuhada Bt Muhd Najib (Tahun 3 Medik)
Tingkat 7 : Nor Amirah Bt Mohd Muhayidin (Graduan), Khairunnisa Bt Ithnain (Graduan) dan ibu

PCZ mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dan diharapkan kalian tabah dalam menghadapi musibah ini.

“Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jugalah kami kembali.”” (Al-Baqarah : 156)

Disediakan oleh,
Nur Nadiah Binti Mohd Khairi,
Timbalan Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016.

Tinggalkan komen anda