Home > Menu > Karya > Artikel > Hukum Menyambut Hari Valentine Menurut Pandangan Islam

Hukum Menyambut Hari Valentine Menurut Pandangan Islam

valentine

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, amat mengutamakan kasih sayang dan tiada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 telah memutuskan bahawa amalan menyambut Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang sama sekali oleh Islam.

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” (Riwayat Abu Daud)

Sambutan Valentine’s Day boleh menyebabkan berlakunya perbuatan yang boleh membawa kepada pintu maksiat perzinaan sedangkan Allah memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan.

Firman-Nya:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)

Oleh itu, Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) Cawangan Zagazig menyeru kepada semua ahli untuk tidak melibatkan diri dalam menyambut Hari Valentine yang bercanggah dengan Islam.

“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”
Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI)

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

Tinggalkan komen anda