Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Pemangkuan AJKT Cuti Musim Sejuk

Pemangkuan AJKT Cuti Musim Sejuk

 logo baru

بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas nikmat Islam, Iman, ilmu, ukhuwwah dan banyak lagi yang masih diberikan olehNya. Tidak mungkin dapat kita mengira nikmat-nikmat itu. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan juga para sahabat serta ahli keluarga baginda semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

Bersempena dengan cuti musim sejuk ini, terdapat beberapa Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2014/2015 yang telah dan akan pulang ke Malaysia atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa di Mesir.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN berkaitan Kekosongan Jawatan:

Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran gerak kerja di Mesir. AJKT PCZ telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa semua fungsi dan tugasan AJKT yang tidak berada di Mesir akan dipangku oleh sebahagian AJKT yang masih berada di Mesir sepanjang cuti ini sehinggalah AJKT tersebut pulang semula bagi menyambung tugasan seperti biasa.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PCZ :

Portfolio Nama AJKT Tarikh Meninggalkan Mesir Tarikh Pulang ke Mesir Pemangku
Naib Pengerusi I Ahmad Syahmi Bin Azhar 22 Januari 2015 5 Februari 2015 Mohd Zakhiruddin Bin A.Bakar
Timbalan Bendahari Nurul Fatin Ajlaa Bt Shaari 21 Januari 2015 6 Februari 2015 Nisrin Binti Che Rahmat
Ketua Biro Akademik Mohd Taufik Bin Mohd Ishak  24 Januari 2015 11 Februari 2015 Mohd Zulfadhli Bin Yamin
Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan Muhammad Miftahuddin Bin Sufyan 25 Januari 2015 3 Februari 2015 Mohammad Fikri Bin Zolnuri
Ketua Biro Sukan Dan Aktiviti Luar Mohamad Aisar Bin Ahmad 26 Januari 2015 16 Februari 2015 Muhammad Afzan bin Jalalol Sayuti

 

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar ahli PCZ dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PCZ sepanjang cuti musim sejuk ini. Semoga kita semua dapat memanfaatkan cuti dengan sebaiknya.

Sekian, wassalam.

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

zakhi 

MOHD ZAKHIRUDDIN BIN A. BAKAR

Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015.

 

nik mahabbah 

NIK MAHABBAH KHAIRIAH BINTI NIK DIN

Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015.

Tinggalkan komen anda