Home > Arkib > ZAGAFEST 14 : MAWAR

ZAGAFEST 14 : MAWAR

10422478_427717417378947_1106476856798107818_n

Hari kedua ZAGAFEST 14 diteruskan dengan Majlis Walimatulurus (MAWAR) yang merupakan satu program khas bagi meraikan pasangan pengantin baru. Para hadirin yang hadir telah disajikan dengan slot-slot yang menarik antaranya bualbicara yang bertajuk “Generasi Pembina Ummah” oleh Ustaz Jamil Al-Yamani dan “We Are Family” (Pengenalan calon AJKT PCZ Sesi 2015/2016 yang telah menang tanpa bertanding).

Suasana dewan semakin hangat apabila pasangan pengantin diajukan dengan soalan yang menguji keserasian mereka dalam slot “Serasi ke Tidak”. Tidak dilupakan juga penampilan istimewa daripada kumpulan Zagaziak yang turut menghiburkan para hadirin yang sedang menjamu selera.

“Bridging the Community”
Biro Penerbitan dan Penerangan

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

[ilink url=”https://www.facebook.com/media/set/?set=a.427716314045724.1073741864.303003836516973&type=1″]Album ZAGAFEST 14 : MAWAR[/ilink]

Tinggalkan komen anda