Home > Farmasi > Kenyataan Rasmi : Tawakuf Kuliah Farmasi

Kenyataan Rasmi : Tawakuf Kuliah Farmasi

Picture1

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk makluman semua, Kuliah Farmasi telah mengeluarkan jadual peperiksaan akhir semester yang akan bermula dari 24/12/2014 sehingga 22/1/2015. Oleh itu, pengumuman tawakuf ini ditujukan kepada semua mahasiswa kuliah farmasi yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester yang berkuatkuasa bermula dari sekarang sehingga berakhirnya peperiksaan akhir semester. Pihak PCZ ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli yang bakal menghadapi peperiksaan dan juga yang sedang bertungkus lumus menjalani peperiksaan. Semoga segalanya dipermudahkan dan diharapkan segala persiapan dicurahkan dapat menghasilkan keputusan yang diinginkan.

Wallahualam,

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

Ahmad Syahmi bin Azhar

Naib Pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015.

Tinggalkan komen anda