Home > Important Post > Prosedur Pembayaran Yuran Bagi Pelajar Perubatan

Prosedur Pembayaran Yuran Bagi Pelajar Perubatan

Picture1

A. PEMBAYARAN MENGGUNAKAN WANG TUNAI

1. Dapatkan izin dafa’ dari Syuun Thullab.

2. Serahkan Izin dafa’ tersebut kepada pegawai yang berada di tingkat 3 bangunan tepi dewan peperiksaan (bilik paling hujung). Kemudian, pegawai tersebut akan memberikan anda satu surat kenyataan untuk membuat pembayaran yuran kepada pihak bank.

3. Seterusnya, anda boleh terus ke Bank Misr (bank merah berdekatan KFC di Mahattoh) untuk menyelesaikan urusan pembayaran yuran dengan membawa dokumen berikut:

a) Wang tunai (USD 8000 / GBP 1500)

b) Passport

c ) Salinan passport (3)

d) Kenyataan pembayaran yuran & 3 salinan kenyataan tersebut

e) Wang caj perkhidmatan (bergantung kepada jumlah bayaran yuran)

4. Pastikan anda diberi resit pembayaran yuran oleh pihak bank:

a. Resit yuran (USD 8000 / GBP 1500)

b. Resit caj perkhidmatan

5. Resit yuran tadi perlu dibuat salinan (2 / 3 salinan untuk simpanan anda).

6. Serahkan resit yuran yang asal kepada pegawai tadi (di tingkat 3 bangunan sebelah dewan peperiksaan). Anda akan diberikan satu surat (resit) mengesahkan anda sudah membayar yuran pengajian. Pastikan resit tersebut ditandatangan oleh Mudir Am (bilik berdekatan lif di tingkat 3) dan dicop Universiti Zagazig (tingkat bawah).

7. Fotostat surat tadi (1 /2 salinan) dan serahkan salinan itu kepada Syuun Thullab Kuliah Tibb.

(biasanya,resit asal akan diambil,jadi pelajar perlu menyimpan salinan resit tadi sebagai bukti pembayaran).

 

 B. PEMBAYARAN MENGGUNAKAN BANK DRAF

1. Dapatkan izin dafa’ daripada Syuun Thullab.

2. Urusan pembayaran yuran boleh diselesaikan dengan bantuan pegawai yang berada di bilik paling hujung, tingkat 3 bangunan tepi dewan peperiksaan. (bawa bersama: izin dafa’ dan bank draf ).

3. Selepas urusan pembayaran selesai, anda akan diberi resit pembayaran yuran pengajian. Pastikan resit tersebut ditandatangan oleh Mudir Am (bilik berdekatan lif di tingkat 3) dan dicop Universiti Zagazig (tingkat bawah).

4. Resit yuran tadi perlu dibuat salinan (2 / 3 salinan untuk simpanan anda)

5. Serahkan resit yuran asal itu kepada Syuun Thullab Kuliah Tibb.

(biasanya,resit asal akan diambil oleh syuun thullab,jadi pelajar perlulah menyimpan salinan resit tadi sebagai bukti pembayaran).

(p/s: bank draf perlu dihantar atas nama PRESIDENT OF ZAGAZIG UNIVERSITY  dan anda dilarang menulis nama atau apa-apa sahaja di belakang bank draf tersebut).

 

C. PEMBAYARAN YURAN MELALUI AKAUN (TRANSFER)

1. Dapatkan izin dafa’ dari Syuun Tullab

2. Serahkan resit pembayaran / pengesahan transfer account yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pegawai yang berada di bilik paling hujung, tingkat 3 bangunan tepi dewan peperiksaan.

3. Selepas urusan tersebut selesai, anda akan diberi resit pembayaran yuran pengajian. Pastikan resit tersebut ditandatangan oleh Mudir Am (bilik berdekatan lif di tingkat 3) dan dicop Universiti Zagazig (tingkat bawah).

4. Resit yuran tadi perlu dibuat salinan (2 / 3 salinan untuk simpanan anda)

5. Serahkan resit yuran asal itu kepada Syuun Thullab Kuliah Tibb.

(biasanya,resit asal akan diambil oleh syuun thullab,jadi pelajar perlu menyimpan salinan resit tadi sebagai bukti pembayaran).

Cara pembayaran yuran di bank (account transfer)

Antara bank yang selalu digunakan oleh pelajar Malaysia ialah NSGB dan National Bank of Egypt (Bank Ahli). Cas perkhidmatan akan dikenakan bagi melakukan urusan ini. Bagi pembayaran yuran sebanyak 8000 USD, cas perkhidmatan di NSGB adalah lebih kurang LE 200.

PEMBAYARAN YURAN MELALUI NSGB

1.      Isi borang di bank (maklumat berkenaan akaun bank Universiti Zagazig)

1.      Beneficiary bank name-Central Bank of Egypt.

2.      Adress-54 El Gamohria St, Cairo, Egypt.

3.      Swift code-CBEGEGCXXXX.

4.      Beneficiary account number (USD) -4082178244. Nombor akaun bagi pembayaran menggunakan Euro dan lain-lain adalah berbeza.

5.      Customer name-Zagazig University, Zagazig, Egypt.

1.      Selepas mengisi borang, sila fotostatkan sebagai simpanan dan bukti pembayaran jika diperlukan nanti

2.      Tunggu 3 hari atau lebih sehingga urusan pemindahan wang ke akaun universiti selesai (biasanya tiga hari).

3.      Datang ke bank kembali selepas 3 hari. Jika tidak ada urusan tergendala, maka satu resit berwarna putih akan diberikan mengatakan bank telah memindahkan wang tersebut. Sila fotostat resit tersebut untuk simpanan pelajar dan serahkan resit asal kepada pihak universiti berdasarkan prosedur-prosedur yang dinyatakan di atas.

Jumlah bayaran:

1) Mou – USD 8000 setahun

2) G 2 G – GBP 1500 setahun


 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi

 

Bendahari PCZ,
Shukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar (+2011-40065993)

 

 

 

Timbalan Bendahari PCZ,
Nisrin binti Che Rahmat (+2011-44531698)

Tinggalkan komen anda