Home > Farmasi > Prosedur Pembayaran Yuran Bagi Pelajar Farmasi

Prosedur Pembayaran Yuran Bagi Pelajar Farmasi

 Picture1

A. PEMBAYARAN MENGGUNAKAN WANG TUNAI

1. Dapatkan izin dafa’ daripada Miss Aya di pejabat koordinator Farmasi. Pastikan izin dafa’ ditandatangan oleh Madam Azza dan dicop Universiti Zagazig (tingkat bawah).

2. Serahkan Izin dafa’ tersebut kepada pegawai yang berada di tingkat 3 bangunan tepi dewan peperiksaan berdekatan bangunan Presiden Universiti Zagazig (bilik paling hujung). Kemudian, pegawai tersebut akan memberikan anda satu surat kenyataan untuk membuat pembayaran yuran kepada pihak bank.

3. Seterusnya, anda boleh terus ke Bank Misr (bank merah berdekatan KFC di Mahattoh) untuk menyelesaikan urusan pembayaran yuran dengan membawa dokumen berikut:

a) Wang tunai (USD 5000)

b) Passport

c ) Salinan passport (3)

d) Kenyataan pembayaran yuran & 3 salinan kenyataan tersebut

e) Wang caj perkhidmatan (bergantung kepada jumlah bayaran yuran)

4. Pastikan anda diberi resit pembayaran yuran oleh pihak bank:

a. Resit yuran (USD 5000)

b. Resit caj perkhidmatan

5. Resit yuran tadi perlu dibuat salinan (2 / 3 salinan untuk simpanan anda).

6. Dapatkan izin dafa’ kedua daripada daripada Miss Aya di pejabat koordinator Farmasi. Pastikan izin dafa’ ditandatangan oleh Madam Azza dan dicop Universiti Zagazig (tingkat bawah).

7. Serahkan resit yuran yang asal beserta izin dafa’ kedua tersebut kepada pegawai tadi (di tingkat 3 bangunan sebelah dewan peperiksaan berdekatan bangunan Presiden Universiti Zagazig). Anda akan diberikan satu surat (resit) mengesahkan anda sudah membayar yuran pengajian. Pastikan resit tersebut ditandatangan oleh Mudir Am (bilik berdekatan lif di tingkat 3) dan dicop Universiti Zagazig (tingkat bawah).

8. Fotostat surat tadi (1 /2 salinan) dan serahkan salinan itu kepada Miss Aya di pejabat koordinator Farmasi.

(biasanya,resit asal akan diambil,jadi pelajar perlulah menyimpan salinan resit tadi sebagai bukti pembayaran).

B. PEMBAYARAN MENGGUNAKAN BANK DRAF

1. Dapatkan izin dafa’ daripada Miss Aya di pejabat koordinator Farmasi. Pastikan izin dafa’ ditandatangan oleh Madam Azza dan dicop Universiti Zagazig (tingkat bawah).

2. Urusan pembayaran yuran boleh diselesaikan dengan bantuan pegawai yang berada di bilik paling hujung, tingkat 3 bangunan tepi dewan peperiksaan berdekatan bangunan Presiden Universiti Zagazig. (bawa bersama: izin dafa’ dan bank draf ).

3. Selepas urusan pembayaran selesai, anda akan diberi resit pembayaran yuran pengajian. Pastikan resit tersebut ditandatangan oleh Mudir Am (bilik berdekatan lif di tingkat 3) dan dicop Universiti Zagazig (tingkat bawah).

4. Resit yuran tadi perlu dibuat salinan (2 / 3 salinan untuk simpanan anda)

5. Serahkan resit yuran asal itu kepada Miss Aya di pejabat koordinator Farmasi .

(biasanya,resit asal akan diambil oleh Miss Aya, jadi pelajar perlulah menyimpan salinan resit tadi sebagai bukti pembayaran).


(p/s: bank draf perlu dihantar atas nama PRESIDENT OF ZAGAZIG UNIVERSITY  dan anda dilarang menulis nama atau apa-apa sahaja di belakang bank draf tersebut).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi

Bendahari PCZ,
Shukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar (+2011-40065993)

 
 

Timbalan Bendahari PCZ,
Nisrin binti Che Rahmat (+2011-44531698)

Tinggalkan komen anda