Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi AJKT Kekal PCZ 2015/2016

Kenyataan Rasmi AJKT Kekal PCZ 2015/2016

Picture1

سم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Segala puji bagi Allah dan setinggi kesyukuran diatas segala nikmat dan kasih sayang yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya yang terpilih, tiada yang lebih berharga dari keredhaanNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan juga ahli keluarga baginda.

Kini telah menghampiri ke bulan Disember dimana secara rasminya Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) telah ditubuhkan menandakan sesi Kepimpinan PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2014/2015 telah memasuki fasa terakhir kepimpinan. Kehangatan pilihan raya kian terasa.

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) yang menyatakan ;

1. d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Dengan ini, seluruh kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2014/2015 telah bersepakat dan bersetuju dengan sebulat suara untuk mengekalkan empat orang AJKT.

Dua orang AJKT Lelaki yang dikekalkan ialah :


liju 2

Mohd Zulfadzli Bin Yamin
(Biro Perumahan)

 

adiy 2

Adiy Yusof Bin Ishak
(Biro Ekonomi)

 

Manakala AJKT Perempuan yang dikekalkan ialah :

sarinah 2

Sarinah Binti Abdul Kadir
(Biro Akademik)

nadiah 2

Nur Nadiah Binti Mohd Khairi
(Biro Penerbitan dan Penerangan)

 

Sehubungan dengan itu, empat orang AJKT yang dikekalkan ini tidak dibenarkan untuk dicalonkan bagi bertanding dalam pilihan raya berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 27, Perkara 2 (b) yang menyatakan ;

2. b) Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Semoga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk mereka melayari bahtera ini bersama kepimpinan sesi yang akan datang dengan lebih berdedikasi dan seterusnya mampu membawa kepimpinan PERUBATAN Cawangan Zagazig 2015/2016 lebih maju dan konsisten seiring dengan PERUBATAN Cawangan-cawangan yang lain.

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ 

“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah” (Al-Anbiya : 73)

 

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

zakhi 

Mohd Zakhiruddin bin A.Bakar

Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig,

Sesi 2014/2015.

nik mahabbah 

Nik Mahabbah Khairiah binti Nik Din

Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig,

Sesi 2014/2015.

Tinggalkan komen anda