Home > Biro PCZ > Biro Penerbitan & Penerangan > Kenyataan Rasmi : Penutupan dan Pengekalan Medium Hebahan Rasmi

Kenyataan Rasmi : Penutupan dan Pengekalan Medium Hebahan Rasmi

Picture1 copy

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini dan terus diberi kesempatan dalam melaksanakan amal soleh sebanyak mungkin demi merasai kemanisan iman dalam kehidupan di dunia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak melalui perit manis ranjau perjuangan demi memastikan keunggulan Islam tertegak di bumi Allah ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang turut memperjuangkan agamaNya sehingga keakhir zaman.

BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN (BPP) PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) sesi 2014/2015 telah merencana satu agenda untuk memperkemaskan lagi sistem informasi PCZ dalam usaha untuk melahirkan mahasiswa minda kelas pertama. BPP sesi kali ini telah pun mewujudkan page Facebook di laman sesawang pada 26 Mac 2014 yang lalu untuk meningkatkan capaian ahli PERUBATAN akan isu-isu dan berita-berita penting kepada ahli. Oleh yang demikian, di pihak kami telah berbincang untuk mengekalkan dan menutup beberapa medium di media hebahan rasmi PCZ.

Objektif utama penutupan dan pengekalan media ini adalah untuk mewujudkan daya fokus kepada satu-satu laman sosial yang digunakan secara optimum dan mengelakkan berlakunya capaian berita dan isu semasa yang mencapah kepada ahli PCZ. Berikut merupakan medium-medium Facebook yang akan ditutup :

1. Profil PERUBATAN Cawangan Zagazig  
2. Group PERUBATAN Cawangan Zagazig
3.  Profil JAKSI 
4. Profil Profesional Daie 
5. Profil EZ Online

Manakala medium yang dikekalkan pula ialah : 

1. Page Facebook PERUBATAN Cawangan Zagazig 
2. Profil Facebook Zagazig Academic Panelist (ZAP) 
3. PERUBATAN Online 
4. Laman Web Z-League
5. Laman Web ZAP

6. Twitter PERUBATAN Zagazig
7. Twitter zagazigleague
8. Youtube : BPP Zagazig

Penutupan medium hebahan alam maya rasmi PCZ di atas akan berkuatkuasa bermula daripada 11 Oktober 2014. Oleh itu, pihak kami berharap agar ahli PCZ agar dapat cakna akan penutupan dan pengekalan media hebahan rasmi PCZ tersebut.

Sekian, wassalam.

“Bridging the Community”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

Disediakan oleh :

MUHAMMAD MIFTAHUDDIN BIN SUFYAN
Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

 

Tinggalkan komen anda