Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi : Tawakuf Mahasiswa Tahun Akhir Kuliah PERUBATAN

Kenyataan Rasmi : Tawakuf Mahasiswa Tahun Akhir Kuliah PERUBATAN

Picture1 copy

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama merasakan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ditujukan khas kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W kerana dengan berkat usaha dan dakwah baginda dapat kita bersama-sama untuk mengecapi manisnya hidup di dalam Islam.

Bersempena dengan tarikh peperiksaan yang bakal dihadapi oleh mahasiswa tahun akhir pada pertengahan bulan November nanti, Naib Pengerusi PCZ memutuskan bahawa semua mahasiswa tahun akhir akan ditawakufkan dari sebarang gerak kerja dan program PCZ kecuali berkenaan hal akademik dan kerohanian. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa supaya lebih fokus dalam akademik untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, tempoh tawakuf akan bermula dari 18/10 sehingga tamat peperiksaan akhir tahun.

Akhir kalam, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli yang bakal dan sedang menghadapi peperiksaan diiringi dengan doa agar semua mendapat keputusan yang diharapkan dan setimpal dengan usaha masing-masing.

Sirru ala barakatillah.
Wallahualam

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”
‘ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI’

 

Disediakan Oleh,

Naib Pengerusi 1 PCZ 2014/2015
Naib Pengerusi 1 PCZ 2014/2015

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AHMAD SYAHMI BIN AZHAR
Naib pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Zagazig
Sesi 2014/2015.

Naib Pengerusi 2 PCZ 2014/2015
Naib Pengerusi 2 PCZ 2014/2015

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KU FATHIN AFIFAH BINTI KU ROSELI
Naib pengerusi 2,
PERUBATAN Cawangan Zagazig
Sesi 2014/2015

Tinggalkan komen anda