Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Kenyataan Rasmi Hari Smart Circle Zagazig

Kenyataan Rasmi Hari Smart Circle Zagazig

Picture1 copy

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Tuhan sekalian alam, yang memiliki segala makhluk di langit dan bumi. Tuhan yang tidak henti-henti melimpahkan rahmat dan nikmat kepada hambanya setiap masa dan ketika. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW yang diutuskan kepada kita untuk menyampaikan risalah Islam dan menyempurnakan akhlak.

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ

عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” (Al-Mulk : 2)

Smart Circle (SC) adalah suatu wadah yang diketengahkan oleh PERUBATAN sebagai suatu medium untuk ahli memahami dan melibatkan diri dalam dakwah islamiah serta membina diri menjadi muslim sejati dan seterusnya membentuk generasi rabbani dengan izin-Nya. Merujuk arahan yang dikeluarkan oleh Presiden PERUBATAN, saudara Mohamad ‘Arif Rukaini Bin Mohamed Sufian yang membawa matan:

“Mengarahkan agar ketujuh-tujuh cawangan mewujudkan hari khusus pada setiap minggu untuk menggerakkan SC agar hari tersebut dapat dimanfaatkan oleh seluruh ahli untuk terlibat sama dalam menjayakan SC”.

Bagi merealisasikan arahan ini, pihak Mentor Council PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) telah membuat culaan dan kajian terperinci yang mengambil kira masa kelas pengajian di fakulti, kelas-kelas tambahan ahli dan sebagainya. Natijahnya, Mentor Council PCZ telah membuat keputusan untuk menukar hari khusus SC daripada hari Jumaat kepada hari Rabu.

Perubahan ini akan berkuatkuasa serta merta dan memerlukan kerjasama semua Mentor dan ahli PCZ agar kita dapat sama-sama menjayakan agenda pentarbiyahan ahli. Berikut adalah perinciannya:

Hari : Setiap hari Rabu

Senarai Kumpulan SC :

Ikhwah: http://zaqaziq.perubatan.org/v1/2014/10/senarai-kumpulan-smart-circle-ikhwah-20142015/

Akhwat: http://zaqaziq.perubatan.org/v1/2014/10/senarai-kumpulan-smart-circle-akhawat-20142015/

Oleh itu, sama-samalah kita menggembleng tenaga dan mengoptimumkan masa yang telah diperuntukkan bagi melaksanakan Smart Circle dengan tenang dan lancar, agar usia muda kita dimanfaatkan sehabis baik ke arah mendapatkan redha Allah Azza Wa Jalla.

Wallahua’lam.

Ketua Biro Pembangunan Insan 2014/2015
Ketua Biro Pembangunan Insan 2014/2015

Abrar Bin Wahidan
Ketua Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

Tinggalkan komen anda