بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi diatas segala nikmat yang kurniakan sehingga tidak mungkin kita mampu membilangnya dan mencatatnya satu-persatu. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan juga para sahabat serta ahli keluarga baginda semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.
Bersempena dengan cuti musim panas ini, terdapat beberapa AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) Sesi 2014/2015 yang telah dan akan pulang ke Malaysia untuk fasa kedua atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa di Mesir.
Merujuk Fasal 28 Perkara 3 (b) dalam Perlembagaan PERUBATAN berkaitan Kekosongan Jawatan :
Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran gerak kerja di Mesir, AJKT PCZ telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa semua fungsi dan tugasan AJKT yang tidak berada di Mesir akan dipangku oleh sebahagian AJKT yang masih berada di Mesir sepanjang cuti ini sehinggalah AJKT tersebut pulang semula bagi menyambung tugasan seperti biasa.
Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PCZ :
Portfolio |
Nama AJKT | Tarikh Meninggalkan Mesir | Tarikh Pulang ke Mesir |
Pemangku |
Timbalan Pengerusi | Nik Mahabbah Khairiah Binti Nik Din |
11 September 2014 |
15 oktober 2014 |
Ku Fathin Afifah Binti Ku Roseli |
Timbalan Setiausaha | Fatin Azzyati Binti Pakururazi |
17 September 2014 |
8 Oktober 2014 | Nur Hannan Syazwanie Binti Mohd Nor Shokri |
Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan | Muhammad Miftahuddin Bin Sufyan |
8 September 2014 |
4 Oktober 2014 |
Muhammad Afzan bin Jalalol Sayuti |
Ketua Biro Perumahan | Mohd Zulfadzli Bin Yamin |
15 Ogos 2014 |
7 Oktober 2014 |
Mohamad Aisar Bin Ahmad |
Ketua Biro Ekonomi | Adiy Yusof Bin Ishak |
8 September 2014 |
15 oktober 2014 |
Abrar Bin Wahidan |
Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar ahli PCZ dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PCZ sepanjang cuti musim panas ini.
Sekian, wassalam.
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
MOHD ZAKHIRUDDIN BIN A.BAKAR
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015