Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Laporan IHRAM 1435H

Laporan IHRAM 1435H

ZAGAZIG, 27 Julai 2014 – IHRAM (IHYA’ RAMADAN 1435H) adalah program tahunan yang dijalankan apabila menjelang bulan Ramadan. Pesta ibadah yang penuh warna-warni keilmuan dan  keberkatan diisi dengan daurah kitab Syamail Muhammadiah (Siri 1 hingga 3) dan Fiqh Puasa, kuliah yang berjudul Kerahmatan Di Awal Ramadan, Majlis Kesyukuran dan Berbuka Puasa Perdana sempena kejayaan pelajar tahun akhir Farmasi, Syantah Ramadan, Sinngah Sahur, Iktikaf di masjid, kelas tahsin Al-Quran, solat terawih, tazkirah pimpinan dan tadarus Al-Quran.

page
Aktiviti sepanjang IHRAM

SONY DSC
Syantah Ramadan

IHRAM 1435H komited dalam menyampaikan legasi keilmuan dengan aturan program ilmiah yang berkualiti, sejajar dengan keberkatan bulan Ramadan. Qudwah insani yang dinamik dan professional bertunjangkan ‘’akhirat centered’’ sedang dalam pembinaan dan digarap oleh arkitek Ramadan.

Mahasiswa dan mahasiswi rata-rata kelihatan ceria dan menghayati kehangatan bulan kerahmatan dengan menghadiri pengisian Ramadan, disamping berusaha meniti jalur keilmuan Ramadan dengan kesabaran. Semoga fasa-fasa Ramadan yang dilalui beroleh ganjaran disisiNya dan juga menjadikan kita seorang insan umpama bayi yang baru lahir.

Penutup IHRAM 1435H pula dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh para qari dan perasmian penutup disempurnakan oleh saudara Mohd Syahmi Amir Bin Md Razali, Bendahari Kehormat Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) merangkap Ketua Jabatan Ekonomi yang juga merupakan wakil MTP Cawangan Zagazig.

IMG_7951Majlis Khatam Al-Quran

IMG_7973Penutup IHRAM

Bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W, ‘’Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya seksa api neraka’’ (Hadis Riwayat Ahmad).

Diharapkan IHRAM 1435H mampu membina anjakan paradigma dalam diri para mahasiswa kearah melahirkan insan yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah baginda S.A.W.

“Madrasah Ramadan Mengasah Keikhlasan”

Disediakan oleh,

NOR AMIRAH BINTI MOHD MUHAYIDIN
Setiausaha IHRAM 1435H,
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015.

Tinggalkan komen anda