Home > Arkib > Syantah Ramadan 1435H

Syantah Ramadan 1435H

Syantah Ramadan merupakan satu program komuniti masyarakat anjuran PERUBATAN for Peace and Care (PEACE) Biro Kebajikan, PERUBATAN Cawangan Zagazig dengan kerjasama Ihya’ Ramadan (IHRAM). Program yang menjadi aktiviti tahunan ini telah mendapat sambutan para aktivitis yang menyertai tidak kira daripada pembelian barangan syantah, pembungkusan sehingga kepada edaran di hospital. 

Hospital Universiti, Salam Sadnawi sekali lagi menjadi tempat edaran syantah kepada penduduk tempatan yang kurang bernasib baik. Sebanyak enam jabatan yang telah dilawati oleh para aktivis antaranya Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Psikiatri, Oftalmologi, Neurologi, Dermatologi dan “Gastro-Intestinal Unit”.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada ahli dan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Erti hidup pada memberi dan semoga Ramadan pada kali ini lebih bermakna bertepatan dengan tema program iaitu “Komuniti Berbakti, Ramadan Diberkati”.

“Bridging the Community”
Biro Penerbitan dan Penerangan 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

syantah

Klik untuk melihat galeri penuh.

Tinggalkan komen anda