Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi : Pemangkuan Jawatan AJKT PCZ 2014/2015

Kenyataan Rasmi : Pemangkuan Jawatan AJKT PCZ 2014/2015

Picture1 copy

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Ramadan Kareem.  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini dan terus diberi kesempatan dalam melaksanakan amal soleh sebanyak mungkin demi merasai kemanisan iman dalam kehidupan di dunia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang telah banyak melalui perit manis ranjau perjuangan demi memastikan keunggulan Islam tertegak di bumi Allah ini. Tidak lupa juga  kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang turut memperjuangkan agamaNya sehingga keakhir zaman.

Bersempena dengan cuti musim panas ini, terdapat beberapa AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) Sesi 2014/2015 yang telah dan akan pulang ke Malaysia atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa di Mesir.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran gerak kerja di Mesir, AJKT PCZ telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa semua fungsi dan tugasan AJKT yang tidak berada di Mesir akan dipangku oleh sebahagian AJKT yang masih berada di Mesir sepanjang cuti ini sehinggalah AJKT tersebut pulang semula bagi menyambung tugasan seperti biasa.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PCZ :


Portfolio

Nama AJKT Tarikh Meninggalkan Mesir Tarikh Pulang ke Mesir

Pemangku

Pengerusi Mohd Zakhiruddin Bin A Bakar 22 Julai 2014 11 September 2014 Ahmad Syahmi Bin Azhar
Timbalan Setiausaha Fatin Azzyati Binti Pakururazi 20 September 2014 8 Oktober 2014 Fatini Fadhila Binti Ahmad Zairin
 Bendahari Muhammad Afzan Bin Jalalol Sayuti 22 Julai 2014 10 September 2014 Mohd Taufik Bin Mohd Ishak
Timbalan Ketua Biro Akademik Sarinah Binti Abdul Kadir 21 Julai 2014 21 Oktober 2014 Nisrin Binti Che Rahmat
Ketua Biro Pembangunan Insan Abrar Bin Wahidan 11 Julai 2014 5 Ogos 2014 Syakir Husein Bin Sohaimi
Timbalan Ketua Biro Kebajikan Nurfaizah Binti Ismail 23 Julai 2014 4 September 2014 Nur Hannan Syazwanie Binti Mohd Nor Shokri
Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan Muhammad Miftahuddin Bin Sufyan 13 Julai 2014 3 September 2014 Adiy Yusof Bin Ishak
Ketua Biro Perumahan Mohd Zulfadzli Bin Yamin 15 Ogos 2014 7 Oktober 2014 Mohamad Aisar Bin Ahmad
Timbalan Ketua Biro Ekonomi ‘Aifaa ‘Alyaa Binti Ismail 18 Julai 2014 4 September 2014 Fatin Azzyati Binti Pakururazi

 

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar ahli PCZ dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PCZ sepanjang cuti musim panas ini.

Sekian, wassalam.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

Disediakan oleh :

zakhi

 

 

 

 

 

 

 

 

 
MOHD ZAKHIRUDDIN BIN A BAKAR
Pengerusi, 
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

 

Tinggalkan komen anda