Home > Arkib > PHARMED 2.0 : “Road to Provisionally Registered Pharmacist”

PHARMED 2.0 : “Road to Provisionally Registered Pharmacist”

PHARMED 2.0 merupakan program anjuran PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015 bagi mahasiswa Sains Kesihatan khususnya pelajar Fakulti Farmasi dari seluruh Mesir. Bertemakan “Road to Provisionally Registered Pharmacist”, objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada bakal graduan Farmasi mengenai skop kerja itu sendiri disamping mengupas isu-isu terkini dalam industri farmaseutikal dan juga bengkel untuk mengasah kemahiran komunikasi serta perkongsian tips-tips yang bermanfaat.

Pengisi bagi program yang berlangsung selama dua hari ini merupakan tetamu yang diterbangkan khas daripada Malaysia iaitu Encik Mohd Azreen Mustapa (Pegawai Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan) dan Encik Rizwan Ramli (Pegawai Farmasi, Jabatan Farmasi Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan).

“Bridging the Community”
Biro Penerbitan dan Penerangan

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

pharmed

Klik untuk melihat galeri penuh.

Tinggalkan komen anda