Home > Menu > Berita > Program Kamsis : Nasi Lemak bersama BHOME

Program Kamsis : Nasi Lemak bersama BHOME

ZAGAZIG, 16 Mei 2014 – Biro Perumahan PERUBATAN Cawangan Zagazig (BHOME) telah menganjurkan program “Nasi Lemak bersama BHOME” di kamsis MTA, pada 16 Mei di bahagian ikhwah bertempat di Bait Kahfi iaitu rumah saudara Muhammad Hashif Bin Hamzah selaku ketua kamsis MTA. Program bermula dengan kehadiran ahli  pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 4.00 petang. Antara pengisiannya ialah ucapan alu-aluan daripada ketua kamsis MTA dan ucapan daripada wakil AJKT BHOME saudara Mohd Zulfadzli Bin Yamin dan diakhiri dengan sesi taaruf ringkas dengan ahli kamsis.

10342934_10203715813472939_4175639323436667267_n

Manakala bagi akhawat pula, program telah dianjurkan pada 2 Mei yang lalu bertempat di Teratak Sufi iaitu rumah saudari Syakinah Khalisha Binti Kamaruddin selaku timbalan ketua kamsis MTA. Program bermula pada jam 6.30 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam. Antara pengisian penting dalam program ini adalah solat maghrib dan isyak berjemaah bersama ahli kamsis, solat hajat sempena peperiksaan yang bakal menjelang, sesi taaruf ringkas dengan ahli kamsis dan diakhiri dengan penyampaian kalam taujihat daripada wakil AJKT BHOME saudari Nisrin Bt Che Rahmat. Turut diselitkan, tayangan video Exam Fever Campaign (EFC) bagi menaikkan semangat ahli kamsis dalam menempuh peperiksaan.

10295740_10203715709310335_4733750100339390994_n

 

10325279_10203715708150306_8787809165208609980_n

 

Di akhir program, ahli-ahli kamsis disajikan dengan nasi lemak yang menjadi tema program ini. Diharapkan program ini dapat mengeratkan ukhwah dan mengukuhkan semangat kebersamaan di kalangan ahli kamsis di samping memberi semangat dan motivasi kepada ahli untuk terus cemerlang dalam peperiksaan.

Semoga semua objektif program ini dapat dicapai bersama dan juga dapat di teruskan pada masa akan datang di kawasan kamsis yang lain pula.

 

Disediakan oleh,

IZZAH FASIHAH BINTI JA’FFAR
Setiausaha Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

Tinggalkan komen anda