Home > Arkib > PES FC Tumbang, Gergasi Muda AQUAFINA FC Merampas Takhta

PES FC Tumbang, Gergasi Muda AQUAFINA FC Merampas Takhta

1624740_788138657876980_1846404809_n


ZAGAZIG, 27 MAC – Debaran yang memuncak akhirnya berpenghujung. Saingan Z-League musim 13/14 akhirnya menutup tirainya kelmarin di Gelanggang Tertutup, Stadium Universiti Zagazig.   Juara musim lepas, Shakkat Ten-Yoo, juara tiga musim berturut-turut sebelum itu, PES FC, serta pasukan Racing de Galacticos yang beraksi sebagai penyandang takhta ZA Cup telah menunjukkan prestasi yang terbaik sejak awal musim. Pasukan underrated, Saurah FC dan Adidas FC juga telah mempersembahkan permainan yang menarik, tidak kurang juga pasukan Aquafina FC yang dibarisi oleh pemain muda; masing-masing telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan tiga mata penuh dalam setiap perlawanan yang mereka tempuhi.

  Walaubagaimanapun, setelah berentap selama enam minggu, akhirnya juara kejohanan futsal paling berprestij di bumi Zagazig telah berjaya disandang oleh Aquafina FC. Kelmarin, juara Z-League musim 13/14 ini atau lebih dikenali sebagai ‘The Rising Stars’ telah berjaya menundukkan PES FC dalam perlawanan penentu juara dengan jaringan 2-1. Dalam perlawanan sengittersebut, Aquafina FC terlebih dahulu di depan dengan jaringan Suhaib Kamar sebelum PES FC kembali menyamakan kedudukan dengan jaringan Syahmi Amir. Apapun, kedudukan 1-1 tidak bertahan lama selepas Abrar Wahidan muncul sebagai wira dengan jaringan cantik membolosi gawang PES FC.

  Setelah tamat perlawanan, Z-League :The Finale akhirnya dirasmikan oleh MTP Zagazig, Mohd Syahmi Amir bin Md Razali. Hadiah disampaikan oleh beliau kepada juara liga dan pemenang-pemenang anugerah. Antara anugerah yang disampaikan adalah; Pemain Terbaik (Nadhar Jaafar – Racing de Galacticos), Penjaring Gol Terbanyak (Syahmi Amir – PES FC), Pembantu Gol Terbanyak (Suhaib Kamar – Aquafina FC), Penjaga Gol Terbaik (Umar Izudin – Shakkat Ten-Yoo), Pengurus Terbaik (Anas Zharif – Shakkat Ten-Yoo) danPasukan Fair Play Terbaik (Geragas FC).

  Majlis tersebut berakhir pada jam 11.00 malam. Rata-rata pemain dan penyokong yang datang memberikan komen yang baik terhadap penganjuran perlawanan akhir ini dan mereka berharap agar liga futsal seumpama ini diteruskan lagi untuk masa akan datang.

Disediakan oleh,


Mohamad Aisar Bin Ahmad
Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar,
PERUBATAN Cawangan Zagazig.

Tinggalkan komen anda