Home > Arkib > Pementasan Suara Menghangatkan Malam Sambutan Ulang Tahun PCZ.

Pementasan Suara Menghangatkan Malam Sambutan Ulang Tahun PCZ.

26 Mac 2014 – Sudah hampir setengah dekad tertubuhnya PERUBATAN Cawangan Zagazig ( PCZ) di bumi kuda putih ini. Hari yang bersejarah ini disambut dengan sebuah majlis untuk meraikan ulang tahun  PCZ. Objekif utama ulang tahun ini disambut sebagai menghargai penggerak PCZ yang telah banyak menyokong dan mendokong persatuan ini sehingga persatuan ini tetap utuh dan diterima oleh ahli. Sambutan yang julung-julung kali ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden I, Majlis Tertinggi PERUBATAN, saudara  Mohd  Arif Bin Ahmad. Dalam ucapan beliau tempoh hari, beliau telah menyeru kepada kepimpinan PCZ sesi kali ini  dan juga ahli PERUBATAN cawangan supaya memperbanyakkan koreksi diri tentang tanggungjawab sebagai kepimpinan dan ahli serta menguatkan lagi kerjasama dalam berlumba-lumba membuat kebaikan melalui wasilah PCZ.

10152424_303780353105988_130037163_n

Beliau juga sudi  menyempurnakan  pelancaran page Facebook  PERUBATAN Cawangan Zagazig yang mula berkuat kuasa pada tarikh kejadian sebagai lidah rasmi PCZ di laman sesawang Facebook.  Bagi menghargai jasa-jasa penggerak PCZ sesi yang lepas, satu majlis penyampaian sijil penghargaan telah diadakan. Naib Presiden I, Majlis Tertinggi PERUBATAN, saudara Mohd Arif Bin Ahmad berkenan utk menyampaikan sijil tersebut.  Majlis dimulakan dengan doa selamat yang diketuai oleh saudara Umar Izudin, mahasiswa tahun 4 kuliah perubatan. Setelah itu bermulalah persembahan-persembahan vokal yang menghidupkan suasana di dalam ZMSH.

1969351_303780756439281_1035009037_n

Persembahan pertama merupakan persembahan qasidah oleh kumpulan mahasiswa daripada cawangan Universiti Al-Azhar di Zagazig yang diketuai oleh Ustaz Zulhaiqal. Kemudian, majlis diteruskan dengan persembahan qasidah sekali lagi, tetapi dengan set laguyang berlainan, oleh barisan AJKT ikhwah PCZ. Persembahan ini telah menonjolkan bakat-bakat vokal daripada para AJKT yang amat tidak disangka. Suara yang paling mencuri perhatian orang ramai adalah milik saudara Syakir  Husein Bin Sohaimi, mahasiswa tahun 5 kuliah Perubatan. Beliau merupakan seorang yang pendiam dan terkenal dengan sikapnya yang hanya bercakap apabila perlu. Siapa sangka selama ini beliau mempunyai bakat vokal yang terpendam. Barisan vokalis terkenal dalam kalangan mahasiswa mahasiswi Malaysia di Zagazig iaitu kumpulan Zagaziak juga mendapat sambutan yang meriah daripada semua yang hadir malam itu, walaupun dalam keadaan ketiadaan elektrik. “Bakat mereka semua mantap! Semua mempunyai suara-suara yang unik.” kata saudara Amirul Fayyad, mahasiswa tahun 4 kuliah farmasi, selepas menghayati persembahan daripada Zagaziak. Setiap ruangan di ZMSH dipenuhi dengan alunan irama lagu-lagu mereka iaitu ‘Amin’, ‘The Longest Time’, dan ‘Semalam’. Semua yang hadir malam itu meninggalkan ZMSH dalam keadaan terpegun dan terpesona. Majlis diakhiri dengan jamuan  dan  sesi pemotongan kek yang disempurnakan oleh semua AJKT ikhwah dan akhawat PCZ.

Disediakan oleh,

Fazlan Shah Bin Henny Shahril

Ketua Unit Liputan,
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig.

 

Tinggalkan komen anda