Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Mutaba’ah Amal

Mutaba’ah Amal

1901337_304668816350475_711706641_n

 

Apakah Mutaba’ah amal?
Kata mutaaba’ah berasal dari kata taaba’a. Antara pengertiannya tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi seseorang agar perjalanan seharian berjalan seperti yang direncanakan.

Mutaba’ah amal merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam diri kita untuk meningkatkan kefahaman dalam islam. Malah untuk mendidik supaya lebih dekat dan mngenali Allah. Juga penting untuk pembentukan fardhu (individu) muslim itu sendiri.

Firman Allah di dalam Surah Hud ayat 114

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ  

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Insyaallah borang ini akan disampaikan kepada ahli melalui kelas tafaqquh dan Smart Circle masing-masing.

“Muslim Sejati, Generasi Rabbani”

Unit Mentor Council
Biro Pembangunan Insan
Perubatan Cawangan Zagazig 2014/2015

Tinggalkan komen anda