Home > Arkib > MESRA ’14

MESRA ’14

Satu program Hari Bertemu Pelanggan Zagazig bersama Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) atau dikenali sebagai MESRA’14 telah diadakan selama dua hari di Zagazig bermula pada 24 April hingga 25 April yang lalu. 

Pihak PERUBATAN Cawagan Zagazig (PCZ) telah menerima kunjungan rombongan dari pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Pegawai Keselamatan Mesir serta Majlis Badan Penaja Biasiswa Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dengan kerjasama PERUBATAN Cawangan Zagazig untuk memberi perkhidmatan kepada para pelajar sekaligus mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa/wi Sains Kesihatan Universiti Zagazig dengan rombongan delegasi.

“Bridging the Community”
Biro Penerbitan dan Penerangan

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

 

 

mesra

 

 

Klik untuk melihat galeri penuh.

Tinggalkan komen anda