Home > Menu > Berita > Mega Smart Circle – BBQ Merapatkan Ukhuwah

Mega Smart Circle – BBQ Merapatkan Ukhuwah

ZAGAZIG, 18 April 2014 – Bersempena dengan hari Jumaat penghulu sekalian hari, Unit Mentor Council dibawah Biro Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) telah mengadakan Mega Smart Circle yang mana menggabungkan Smart Circle daripada semua tahun pengajian. Mega Smart Circle bagi akhawat telah bermula pada pukul 1 tengahari seusai selepas solat zohor. Walaubagaimanapun, ramai ahli yang datang lebih awal untuk membantu persiapan bagi majlis  tersebut. Ada diantara mereka yang sanggup bertungkus-lumus membakar ayam yang mana merupakan hidangan utama pada hari itu.

IMG_3540

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai yang dipimpin oleh Fatin Azzyati binti Pakururazi, Timbalan Setiausaha PCZ. Setelah selesai bacaa Yassin, majlis diteruskan dengan tayangan video yang menarik sebagai tatapan sambil menunggu kehadiran tetamu jemputan.

Seterusnya, pengisi slot yang ditunggu-tunggu telah pun tiba iaitu individu yang tidak asing lagi di bumi Zagazig ini, Ustaz Faizuddin Bin Ghazali. Beliau telah membentangkan mengenai isu-isu semasa yang berlaku pada dunia masa kini dan juga kaitannya dengan perancangan buruk oleh musuh-musuh Islam. Para hadirin yang hadir kira-kira dalam 139 orang sangat tertarik dengan penerangan yang diberi mengenai RAND Cooperation yang merancang strategi bagi memecah belahkan umat islam di seluruh dunia. Megikut penerangan ustaz, umat Islam sekarang dipecahkan kepada beberapa kelompok yang mana mereka saling bertelingkah diantara satu sama lain. Ustaz menasihatkan semua agar melazimi bacaan surah Al-Kahfi bagi melindungi diri kita daripada fitnah akhir zaman.

IMG_3599

 “Saya berharap agar dapat lagi menjemput pengisi yang tinggi ilmunya seperti Ustaz Faiz”, kata-kata daripada salah seorang ahli yang hadir. Rata-rata hadirin yang hadir memberi respon yang baik tentang perbincangan tersebut dan ada juga diantara mereka yang bertanyakan “apakah sebenarnya sosialis?”, “bagaimanakah cara bagi seorang doktor untuk bergerak di jalan dakwah”.

Sebelum jamuan BBQ bermula, hadirin telah dihiburkan dengan slot ‘Wishing Flower’. Pengerusi Majlis, Nur Farahin Binti Mohd Hanafi, telah meminta lima orang hadirin untuk membaling bunga kepada hadirin yang lain. Mereka bertuah yang mendapat bunga tersebut diminta untuk kehadapan bagi menjawab soalan. Antaranya adalah “Apakah kenangan terindah” “kongsi motivasi” “sahabat sejati” dan lain-lain. Setelah itu, para hadirin bertukar-tukar kad ucapan yang telah dibawa dari rumah masing-masing.

IMG_3628

Ayam BBQ bersama sos special telah membuatkan semua hadirin makan dengan sangat berselera. Makan secara berjemaah dalam talam mengikut sunnah nabi diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin antara semua.

Kesimpulannya, program Mega Smart Circle ini dilihat boleh menjadi salah satu medan bagi merapatkan jurang antara ahli disamping menjadi wadah untuk ahli cakna akan isu semasa setempat mahupun global. Ahli juga dapat mengutip sebanyak mungkin ilmu selain daripada ilmu akademik. Diharap dengan usaha seperti ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada ahli khususnya bagi mereka yang hadir.

Disediakan oleh,

FATIN HUMAIRAH BINTI HUSSIN

Setiausaha/Bendahari Mega Smart Circle,
Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015.

Tinggalkan komen anda