Home > Biro PCZ > Kenyataan Rasmi : Jadual Bertugas AJKT dan Waktu Operasi Pejabat PCZ

Kenyataan Rasmi : Jadual Bertugas AJKT dan Waktu Operasi Pejabat PCZ

Picture1 copy

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

   Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan ke hadrat ilahi atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Tanpa dua nikmat terbesar Iman dan Islam ni, maka tiadalah ertinya kita berada di atas muka bumi ini. Semoga Allah terus menurunkan hidayah-Nya kepada kita semua.  

   Sebagaimana yang kita sedia maklum, pengurusan pejabat PERUBATAN Cawangan Zagazig adalah terletak di bawah kendalian Jabatan Setiausaha PCZ. Untuk sesi kali ini, kami di peringkat Jabatan Setiausaha akan cuba untuk mengoptimumkan hal ehwal penggunaan pejabat ini yang mana merupakan salah satu medium untuk memudahkan ahli berurusan dengan PCZ secara umumnya.

   Oleh itu, bagi memperkemaskan lagi sistem pengurusan pejabat ini, kami telah menyusun hari dan waktu beroperasinya pejabat. InsyaAllah, pejabat akan mula beroperasi secara rasmi bermula pada 1 April 2014 iaitu pada hari Selasa.

Boleh rujuk : Jadual bertugas AJKT dan waktu operasi 

Selain itu, kami juga ada menyediakan khidmat print, scan dan laminate.  

 Boleh rujuk : Iklan perkhidmatan pejabat   

Kami mengharapkan dengan adanya jadual operasi pejabat ini dapat sedikit sebanyak dalam memudahkan urusan ahli dan melancarkan pengurusan PCZ itu sendiri.

 Sekian, Wasalam.

“Profesional, Integriti Dan Bersistematik”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

Disediakan oleh : 

Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

syakir

Syakir Husein BinSohaimi
Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

 fatin azziyati

Fatin Azzyati Binti Pakururazi
Timbalan Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

Tinggalkan komen anda