Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi : Borang Pergerakan Pelajar Semasa Cuti Musim Panas 2014

Kenyataan Rasmi : Borang Pergerakan Pelajar Semasa Cuti Musim Panas 2014

Picture1 copy

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah setinggi-tinggi  kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi di atas kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita semua sehingga ke hujung sesi pengajian yang mana tidak lama lagi kita semua akan menduduki peperiksaan akhir tahun, Bittaufiqwannajah dan selamat menempuh peperiksaan diucapkan kepada semua ahli PCZ.

Seperti kebiasaannya, setelah selesainya peperiksaan akhir tahun,ramai dikalangan ahli PCZ  akan pulang ke Malaysia atau mengambil peluang untuk melancong ke luar Mesir. Sehubungan dengan itu pihak Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2014/2015  akan bertindak mengumpulkan Maklumat Pergerakan  Ahli yang keluar dari Zagazig atau Mesir . Ini adalah bertujuan memudahkan penyimpanan maklumat sebagai rujukan jika berlaku sebarang masalah keselamatan sepanjang cuti musim panas nanti. Borang  pergerakan ini akan kami edarkan melalui Class Presiden (CP) atau Class Vice Presiden (CVP) bagi kelas masing masing pada tarikh 17 April 2014 dan akan dikutip pada hari yang sama. Oleh kerana fasa peperiksaan pelajar tahun 1, 2 & 3 sahaja yang akan bermula awal, maka borang maklumat ini akan diedarkan kepada pelajar terbabit dahulu. Manakala bagi tahun pengajian lain, borang akan diedar secara berperingkat.

Oleh yang demikian, pihak kami mengharapkan kerjasama kalian untuk mengisi maklumat kalian semua secara telus  bagi memastikan segala urusan  di peringkat kita semua berjalan dengan baik hendaknya.

Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jazakallahhukhairan kathira.

Sekian, wassalam.

“Profesional,Berintegriti,Bersistematik”

Jabatan Setiausaha

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”        

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

Tinggalkan komen anda