Home > Arkib > Jaulah Jejak Auliya’

Jaulah Jejak Auliya’

Bertemakan “Makam Diziarahi, Ibrah Dipelajari”, Biro Sukan & Aktiviti Luar (BSAL) PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2014/2015 telah menganjurkan satu program berbentuk jaulah yang telah diberi nama Jejak Auliya’. Jaulah ini telah diadakan pada 21 April 2014 dan berlangsung di makam-makam sekitar Mansurah, di wilayah Daqahliyah, Mesir. Antara objektif jaulah ini adalah untuk menenangkan minda dengan menerokai bumi anbiya’ sebelum menghadapi peperiksaan.

Rombongan yang terdiri daripada 16 orang mahasiswa dan 54 orang mahasiswi, termasuk Ahli Jawatan Kuasa Tadbir (AJKT) PCZ, adhoc pelaksana program dan dua orang tetamu jemputan khas sebagai pengisi jaulah daripada Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah, Ustaz Mohd Daud bin Hassan dan Ustaz Mohd Zuhdi bin Yahaya. Tidak terkecuali juga, 4 orang AJKT PERUBATAN Cawangan Mansurah (cawangan taakhi) yang turut menyertai jaulah ini.

“Bridging the Community”
Biro Penerbitan dan Penerangan

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2014/2015

jejak auliya

 

Klik untuk melihat galeri penuh.

Tinggalkan komen anda