Home > Biro PCZ > Biro Sukan & Aktiviti Luar > Etika Tempahan Pengangkutan

Etika Tempahan Pengangkutan

tempah tremco

[IKLAN : ETIKA TEMPAHAN PENGANGKUTAN]

Di tengah hari Khamis yang tenang, dua orang sahabat baik sedang berbual-bual di kafe Kuliah Farmasi.

Siti: Nur, hari Isnin nanti, aku kena balik Malaysia. Ada hal penting. Tapi, tramco ke lapangan terbang aku belum tempah lagi. Macam mana ya?

Nur: Oh, pasal tramco ya? Kau dah baca dah iklan kat Facebook pasal tempahan pengangkutan ni?

Siti: Belum. Kenapa dengan iklan tu Nur?

Nur: Dalam iklan tu, ada etika tempahan pengangkutan. Biar aku ceritakan. Tapi sebelum tu, kau nak balik hari Isnin ni kan?

Siti: Ya.

Nur: Bagus. Dalam etika tu, tempoh tempahan mesti selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh perjalanan. Lagi satu, kau perlu maklumkan nama penuh, tahun pengajian, nombor telefon, sebab tempahan, masa dan tarikh perjalanan tu kepada Unit Tempahan Pengangkutan BSAL.

Siti: Terima kasih Nur. Pasal musyrif pula?

Nur: Oh, lupa. Mengenai musyrif, kau boleh berhubung terus dengan mana-mana ikhwah untuk minta tolong musyrifkan, atau kalau nak lagi senang boleh rujuk jadual mushrif yang dikeluarkan oleh unit JAKSI. Tak kisah la mana-mana pun, yang penting bermusyrif. 

Siti: Oh, begitu. Nur, rasanya tu Nidzam, Unit Tempahan Pengangkutan BSAL kan? Jom teman aku berjumpa dengannya. Nak maklumkan pasal tempahan ni. Segan pula aku nak berjumpa dengan dia ni.

Nur: Malu juga kau ye. Jom aku temankan.

‘Together Everyone Achieves More (TEAM)’
Biro Sukan dan Aktiviti Luar

Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2014/2015

Tinggalkan komen anda