Home > Menu > Berita > Hari Kedua WOW ’14 : Kehangatan diteruskan lagi

Hari Kedua WOW ’14 : Kehangatan diteruskan lagi

ZAGAZIG, 27 Januari 2014 – Hari kedua bagi program Wonders Of Winter (WOW’14) diteruskan seperti biasa dengan jualan makanan dan aktiviti-aktiviti menarik di setiap booth yang bertempat di Tingkat 3, Imarah Riyadhul Jannah. Namun demikian, booth Sakura yang mengajar cara-cara membaiki alatan asas rumah kurang mendapat sambutan berbanding hari pertama. Petugas booth Sakura, Saudari Emma Fareza Binti Mohd Syafii mengatakan hal ini mungkin kerana ramai yang telah datang ke booth ini pada hari pertama untuk mengetahui cara-cara membaiki alatan asas rumah dan ini membuatkan mereka untuk tidak singgah ke booth ini pada hari yang kedua.

IMG_7025

Bagi booth Indoor Games, Jahitan dan Zagazig Medical Team (ZMT), ianya masih mendapat sambutan yang begitu baik daripada ahli. Tidak kurang juga dengan gerai-gerai jualan makanan. Mengulas dengan lebih lanjut tentang program WOW’14, Saudari Siti Sakinah Khalisha Binti Kamaruddin pelajar tahun 3 Fakulti Perubatan menunjukkan rasa gembira kerana program ini telah banyak memberi input kepada dirinya sendiri. Katanya lagi, “Saya sertai kelas mengait semalam dan hari ini saya sertai kelas menjahit pula kerana saya suka menjahit dan ingin improve apa yang patut. Banyak ilmu baru yang saya dapat dan berharap program PERUBATAN seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.”

 

IMG_6953

Pada sebelah malamnya pula telah berlangsung “Talk Show Kumbang Mencari Bunga, Perigi Mencari Timba” disampaikan oleh Saudara Bukhari Muslim, Ketua Unit Bait Muslim yang bertempat di Masjid Salam. Oleh kerana ketiadaan bekalan elektrik, talk show tersebut ditangguh beberapa minit dan bermula sejurus adanya bekalan elektrik.

Sebelum bermulanya talk show, Saudara Wan Zaimu Nazmeer, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) telah memberi sedikit keterangan mengenai JAKSI dan isu semasa. Antara perkara yang dibentangkan adalah mengenai Etika Musyrif, Ikhtilat, Penginapan, Keselamatan dan banyak lagi. Namun, penggunaan perkhidmatan musyrif dan keselamatan ahli adalah perkara yang sangat ditekankan. “Jika ada masalah, hubungi musyrif. Jangan mudah percaya dengan arab walaupun dia anak baba dan nampak baik. Hal ini penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku”, kata Pengarah JAKSI.

 

IMG_0952

Slot tersebut dimulakan dengan tayangan video bagi menceriakan suasana. Ahli-ahli begitu bersemangat dan memberi respon yang menarik ketika ditanya oleh pengisi slot secara individu. Antara soalan yang ditanya adalah “Apakah tujuan berkahwin?”, “Apakah masalah yang dihadapi dan apakah cara-cara untuk mengatasinya?”. Slot ini telah banyak memberi informasi tentang persediaan untuk mendirikan rumahtangga mengikut acuan Islam. Disamping itu, pengisi juga telah membuat kajian lapangan (Survey) mengenai UBM sehari sebelum talk show kepada 50 ikhwah dan 50 akhawat. Hasil kajian tersebut dibentangkan kepada ahli dan rata-rata respondan menyatakan sebab mereka masih belum memilih untuk menamatkan zaman bujang adalah kerana mempunyai masalah seperti dari segi kewangan, persetujuan keluarga dan juga belum bersedia.

 

Disediakan oleh,

Nadiah Khairi

Biro  Penerbitan dan Penerangan

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

 

 

 

Tinggalkan komen anda