Home > Menu > Berita > ZMSH Dinaiki Air, MTC Ditangguh

ZMSH Dinaiki Air, MTC Ditangguh

ZAGAZIG, 21 Januari 2014 – Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali ke-4 bagi PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) hanya berbaki 3 hari lagi sebelum dilangsungkan di Zagazig Malaysian Student Hall (ZMSH). Namun bermula semalam, kejadian ‘banjir’ yang melanda ZMSH sejak beberapa hari yang lalu kini berada di tahap yang membimbangkan.

Menghubungi saudara Mohd Zulfadli bin Yamin yang merupakan salah seorang saksi terawal yang menyedari kesan air di karpet dewan pada hari Khamis, 16 Januari 2014. Beliau yang merupakan Pengarah MTC pada kali ini mengesan mendapan air di bawah karpet pada bahagian hadapan dewan ketika melakukan tinjauan persiapan dewan bagi program tersebut pada pukul 2.30 petang.

1620107_589561441128637_839634354_n

Rentetan daripada itu, beliau menghubungi saudara Abd Hakim bin Mohd Suhimin yang merupakan Ketua Organisasi ZMSH dan melaporkan mengenai kebocoran air tersebut. Kurang sejam selepas itu, mereka mendapati kesan air di bahagian kanan dewan, lantas mengambil inisiatif awal untuk memindahkan set sofa menjauhi kawasan terkena air serta menggulung karpet . Berdasarkan pandangan peribadi beliau, keadaan ZMSH yang masih masih belum pulih ini tidak sesuai untuk digunakan bagi program terdekat anjuran PCZ seperti MTC dan ‘Wonders of Winter’ (WOW) .

Berdasarkan keterangan beberapa orang saksi, kenaikan air dapat dikesan di seluruh dewan terutamanya di bahagian pejabat PCZ pada waktu Maghrib semalam (20 Januari). Paras air setinggi 5-6 inci menyebabkan beberapa langkah keselamatan seperti memindahkan aset PCZ ke tempat yang lebih selamat diambil.
Namun kejadian ini bukanlah kali pertama terjadi. Kami mendapatkan maklum balas peristiwa ini daripada saudara Abd Hakim bin Mohd Suhimin.

Pada tahun lepas, kejadian yang hampir sama turut berlaku namun pada skala yang lebih kecil. Punca sebenar masih tidak dapat dikenal pasti, tetapi ianya berkemungkinan berpunca dari kebocoran paip bawah tanah bangunan bersebelahan dewan . Buat masa ini, dewan ditutup untuk kegunaan dan proses pembersihan sedang dijalankan. Diharap semua ahli PCZ dapat mendoakan ZMSH dapat beroperasi semula sebagai lokasi utama penganjuran program pelajar-pelajar Malaysia di Zagazig.”

1059364_589560944462020_1475291254_n

Manakala respon dari Naib Pengerusi 2 PCZ pula,

Dewan telah dikosongkan serta hari ini (semalam) pemindahan semua aset PCZ sedang giat dijalankan ke tingkat atas bangunan ZMSH. Pada hari ni (semalam), semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PCZ sedang mengemas kini semua aset mengikut biro masing-masing. Kami juga sedang merekodkan kerugian yang dialami namun jumlah sebenar masih tidak dapat dipastikan. Selain itu, biro Ekonomi yang mempunyai kedai barangan EZ-shop bersebelahan pejabat PCZ sedang mengaudit kerugian dan barangan yang rosak.”

Ujar Saudari Nurul Farhana binti Zainuddin,mengenai gerak kerja, aset dan jumlah kerugian akibat musibah ini serta menyatakan bahawa peristiwa ini merupakan pengalaman baru bagi AJKT dan penggerak program. Ujian ini menguji kredibiliti mereka dalam mencari inisiatif penyelesaian masalah tanpa mengabaikan isu keselamatan.

Terkini,di dalam kenyataan rasmi dari PCZ semalam, Panitia Perancang PCZ telah sebulat suara menangguhkan Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali ke-4 PCZ 2013/2014 yang sepatutnya dijadualkan pada 24 Januari 2013 ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Walau serapi manapun perancangan kita sebagai manusia,namun sesungguhnya,perancangan dari Allah itu penuh dengan hikmah lebih sempurna.Sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah (Surah Ali-Imran :54)

Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH adalah sebaik-baik Perancang

Berikut adalah kronologi peristiwa ZMSH dinaiki air :
16 Januari (Khamis): AJK MTC yang bermesyuarat di ZMSH menyedari karpet bahagian depan dewan (pentas) basah. Kejadian dilaporkan kepada Ketua Organisasi ZMSH dan beliau mengesahkan terdapat air memasuki dewan. Pemeriksaan dilakukan disekeliling dewan dan didapati 3 imarah belakang dewan dan ground floor dipenuhi air.

17 Januari (Jumaat): Air semakin banyak.Namun, AJK dewan hanya mengalihkan sebahagian karpet sahaja, iaitu di bahagian depan dan kanan dewan (bahagian sofa)

18 Januari (Sabtu) : Air masih memasuki dewan dan semakin banyak.Sofa,rak buku dan beberapa barang yang berada di depan dan kanan dewan dialihkan ke lokasi lain (iaitu di belakang dan tengah dewan).Oleh kerana karpet di bahagian depan telah basah,AJK mengambil keputusan untuk menggulung sebahagian karpet tersebut.

19 Januari (Ahad): Selepas program ZMT (9 malam), Ketua Operasi ZMSH meminta kebenaran dari Pengerusi DPMZ dan PCZ untuk menggulung kesemua karpet bagi mengelakkan karpet basah secara keseluruhan. Operasi tamat pada jam 11 malam. Set sofa diangkat ke atas dewan manakala barang-barang lain ditempatkan di dalam Pejabat PCZ dan DPMZ.

20 Januari (Isnin): Selepas subuh, AJK mendapati bahawa rumah disebelah kiri dewan yang masih didalam proses pembinaan tidak menutup paip air dan membiarkannya mengalir selama 1 malam.Air membasahi tanah di tepi bahagian luar dewan. Ketua Operasi ZMSH segera memeriksa dewan pada jam 7pagi.Air semakin memasuki ruang dewan.

Jam 11 pagi, Ustaz Muhammad Nasuha selaku Pengerusi DPMZ memeriksa dewan dan mendapati Pejabat DPMZ dan PCZ sudah dimasuki air dan paras air sudah meningkat hingga ke buku lali.Banyak barang-barang bernilai ditemui rosak termasuk barangan elektrik dan barangan jualan Biro Ekonomi.Kerugian masih belum dinilai namun dijangka tidak terlalu tinggi.Peringkat pengurusan dewan sudah menghubungi pemilik dewan untuk memaklumkan kejadian tersebut.

21 Januari (Selasa) : AJKT PCZ dikerah ke ZMSH untuk mempercepatkan proses pemindahan barang-barang ke tingkat atas dewan.Pada malamnya,kemas kini dan pengkelasan aset dilakukan satu persatu bagi mengenal pasti barangan yang rosak dan menilai kerugian.

22 Januari (Rabu) : Pekerja warga Mesir dipanggil untuk membantu membersihkan dewan dan pemilik dewan akan memeriksa punca kejadian.

Disediakan oleh,

Amani binti Ramli,
Unit Liputan,
Biro Penerangan dan Penerbitan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

Tinggalkan komen anda