Home > Biro PCZ > Biro Akademik > Pengumpulan Aset Academic Center

Pengumpulan Aset Academic Center

Academic Center

[ PENGUMPULAN ASET ACADEMIC CENTER ] 

Bismillahirahmanirrahim,

Academic Center, sebuah unit dibawah kelolaan Biro Akademik PCZ akan melakukan pengumpulan aset-aset bagi menambah simpanan aset yang sedia ada untuk kegunaan semua pelajar sains kesihatan yang berada di Zagazig ini.

Kepentingan pengumpulan aset-aset ini adalah untuk memusatkan alatan akademik untuk kegunaan ramai dan menyediakan perkhidmatan pinjaman dan rujukan kepada pelajar sains kesihatan dalam bidang akademik dan ilmu pengetahuan.

Kaedah yang kami gunakan untuk pengumpulan ini adalah WAKAF dan JUAL BELI.

Sekiranya anda semua mempunyai barang-barang ilmiah yang boleh dikongsi bersama untuk diwakafkan atau dijual, anda bolehlah menghubungi wakil-wakil Academic Center seperti berikut:

FARMASI

  • Nur Hamizah Binti Mohd Yusop (+201119038541)
  • Nur Aina Binti Hashim (+201125626256)

 PERUBATAN

  • Mohammad Fikri Bin Zolnuri (+201110785755)
  • Muhammad Faisal Bin Abdul Hamid (+201129737356)
  • Irham Warhamnie Binti Abdullah Ripain (+201118144733)
  • Norfitraliza Binti Mohd Embros (+201014051118)

 Antara aset atau barangan yang boleh diwakafkan dan dijual:

 – Tulang-tulang manusia
– Buku-buku rujukan antarabangsa
– Slaid Pathology (Parasite/Histology jika ada)
– Mikroskop
– Radas-radas makmal (cth: tabung uji, bikar, dan lain-lain)
– Buku-buku bacaan selain bidang sains kesihatan (cth: Novel-novel, Biografi, buku-buku agama, komik dan lain-lain)
– Perabut (cth: rak buku)
– Nota-nota farmasi

 Anda juga boleh memberi sumbangan kewangan kepada wakil Academic Center untuk tujuan pembelian aset untuk kegunaan orang ramai.

 Oleh itu, kami membuka kepada semua pelajar sama ada daripada bidang Farmasi mahupun Perubatan untuk turut serta dalam pengumpulan ini.

 Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 261 yang bermaksud:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

 Marilah kita merebut peluang ini. Semoga setiap wang dan harta yang disumbangkan dipandang disisi Allah SWT.

‘Achieve The Highest, Improve Others’

Biro Akademik

‘Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati’
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

Tinggalkan komen anda