Home > Menu > Kenyataan Rasmi > [ KENYATAAN RASMI ] : Penangguhan Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Ke-4 PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2013/2014

[ KENYATAAN RASMI ] : Penangguhan Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Ke-4 PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2013/2014

post logo (jpg)Assalamualaikum.

Firman Allah SWT:

“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH adalah sebaik-baik Perancang”

(Surah Ali-Imran :54)

Merujuk kepada perbincangan Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) sesi 2013/2014 pada 21 Januari; dengan ini memutuskan bahawa  Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan Zagazig kali ke 4 akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Hal ini disebabkan Zagazig Malaysian Students Hall (ZMSH) yang bakal menjadi tempat berlangsungnya MTC ini dinaiki air disebabkan oleh kebocoran paip di kawasan berdekatan. Oleh itu, PCZ sedang berusaha menangani masalah ini disamping mencari tarikh dan tempat yang sesuai untuk menjalankan MTC.

Pihak PCZ memohon maaf atas permasalahan yang timbul dan berharap supaya kita sama-sama mendoakan agar MTC kali ini dapat berjalan dengan jayanya.

PCZ juga mengucapkan selamat bermesyuarat kepada seluruh mahasiswa/wi sains kesihatan pada MTC kali ini. Semoga platform yang murni ini menjadi penguat ukhuwah Islami antara pimpinan dan ahli khususnya dan sekaligus mengikat tali arus kesinambungan dan penambahbaikkan PERUBATAN Cawangan Zagazig pada sesi akan datang.

Sekian, terima kasih.

‘ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI’

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2013/2014

MOHD SYAHMI AMIR BIN MD. RAZALI PENGERUSI, PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2013/2014
MOHD SYAHMI AMIR BIN MD. RAZALI
PENGERUSI,
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2013/2014

 

Tinggalkan komen anda