Home > Biro PCZ > Biro Kebajikan > Tabung Kasih Sayang

Tabung Kasih Sayang

972508_594580973928319_677971182_n

Serba sedikit pengenalanTabung Kasih Sayang (TKS) kepada yang masih belum mengetahui, TKS merupakan salah satu mekanisma PERUBATAN untuk membantu ahli-ahlinya dari segi kewangan. Unit TKS yang bernaung di bawah Biro Kebajikan PCZ ini mengunakan sistem zakat yang di mana ahli yang berkemampuan akan menyumbang dan sumbangan tersebut akan disalurkan kepada ahli yang memerlukan bantuan kewangan.

Tujuan utama TKS ini ditubuhkan adalah untuk membantu ahli yang benar-benar tersepit dengan masalah kewangan dengan memberikan sumbangan kewangan secara berterusan melalui Sahabat TKS. Terdapat juga skim pinjaman untuk memberi ruang kepada ahli yang memerlukan duit dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Namun pengeluaran pinjaman perlu mendapat kelulusan dari Biro Kebajikan.

Mengenai nilai sumbangan, terdapat dua bentuk unit:

a) Unit Platinum yang bernilai LE 50.

b) Unit Premium  yang bernilai LE 30.

Kepada individu yang mempunyai tajaan digalakkan untuk mengambil unit Platinum dan jika ingin memberikan amaun yang lebih dari itu amat digalakkan.

Mengapa perlu menyumbang? Pernahkah kita terfikir bahawa hakikat dunia ini bukan milik individu tetapi perlu dikongsi agar kita sama-sama merasa. Kita harus sedar yang ada dalam kalangan kita ini tidak bernasib baik dan memerlukan bantuan. Tidak dinafikan bahawa dengan nilai LE 50 dan LE 30 itu sebenarnya nilai yang besar untuk diberikan sebagai sumbangan tetapi pernahkah kita terlintas bahawa dengan nilai yang disumbangkan setahun sekali ini kadang-kadang menjadi penyebab untuk membolehkan sahabat kita untuk pulang bertemu dengan keluarga atau dengan sumbangan itu sahabat kita boleh meneruskan pengajian?

Oleh itu, kepada individu yang mempunyai tajaan, pinjaman atau sumber kewangan luar sangat diharapkan untuk menyumbang kerana anda diberikan peluang yang tidak semua orang dapat iaitu peluang menderma. Untuk individu yang berkemampuan, anda sepatutnya berasa berbesar hati kerana diberikan peluang dan dipilih oleh Allah sebagai jalan bagi pertolongan-Nya untuk sampai kepada sahabat-sahabat kita yang memerlukan bantuan atau ditimpa musibah. Positifkanlah diri dan jadikanlah sumbangan ini sebagai cara untuk membersihkan diri dan harta.

Dari Abu Hurairahra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Barangsiapa yang melapangkan kesempitan dunia seorang mu’min, maka Allah akan melapangkan baginya kesempitan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang mempermudah kesulitan seseorang, maka Allah akan mempermudahnya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutupi cela seorang muslim, maka Allah akan menutupi celanya di dunia dan di akhirat. Dan Allah akan senantiasa menolong hamba-Nya, selagi hamba-Nya tersebut menolong saudaranya. (HR. Muslim)

1472322_594580983928318_1324786766_n

Alangkah indah dan lebih bermakna hidup ini apabila kita berkongsi. Segala sumbangan boleh disalurkan kepada Unit TKS serta Biro Kebajikan. 

‘Together We Unite to Serve Community’ 

Disediakan oleh,
Ketua Biro Kebajikan
Biro Kebajikan
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2013/2014

Tinggalkan komen anda