Home > Biro PCZ > Biro Sukan & Aktiviti Luar > Laporan Power Tough Girls

Laporan Power Tough Girls

1533441_594582767261473_1792400307_n

Zagazig, 30 November- Biro Sukan dan Aktiviti Luar PERUBATAN Zagazig 2013/2014 telah menganjurkan program POWER TOUGH GIRLS yang bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall. Program ini dianjurkan khas untuk mahasiswi Zagazig, bertujuan memberi  serba sedikit pendedahan dan cara-cara mempertahankan diri daripada situasi-situasi yang merbahaya. Program yang disertai seramai 20 orang peserta ini, dibahagikan kepada dua slot iaitu, slot pertama  Pengenalan dan demonstrasi  seni mempertahankan diri dan slot kedua ialah slot Praktikal.

Ketibaan tenaga-tenaga pengajar ke dewan diiringi oleh Penasihat kelab taekwando Zagazig, Puan Najuwa binti Sazali dan Naib Pengerusi II PCZ,Nurul Farhana binti Zainuddin. Slot pertama Pengenalan dan demonstrasi seni mempertahankan diri bermula dengan dikendalikan oleh tenaga pengajar  Skuad Wajadiri (SWAD) iaitu saudara Abu Ubaidah bin Fauzi, mahasiswa Kuliah Syariah Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta, sebagai ketua dan dibantu oleh saudara Mohd Adri Afzan bin Mazlan dan saudara Mohd Sharul bin Malek. Sesi pengenalan dibentangkan menggunakan slide show dan demonstrasi secara lakonan  oleh tenaga pengajar. Sesi pertama berakhir dengan sesi soal jawab. Program ditangguhkan sejurus azan maghrib berkumandang, dan para peserta diberi tempoh menyiapkan diri untuk solat maghrib berjemaah.

Acara diteruskan lagi pada jam 5.30 dengan slot kedua Praktikal, yang mana menjadi acara kemuncak dalam program ini. Para peserta dibahagikan secara berpasangan bagi memudahkan  sesi praktikal. Slot ini dikendalikan oleh lima orang tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu,  Asmaq binti Kamazlan, Jannah binti Omar, Norsyahidah binti Nor Azli, Siti Syafiah binti Shaharuddin dan Mariam binti Abdul Razak. Pada mulanya, para tenaga pengajar membentangkan  beberapa jenis serangan serta cara-cara menanganinya  dan dipraktikkan terus oleh peserta bersama pasangan masing-masing. Tayangan video daripada tenaga pengajar turut diselitkan dan program berakhir pada jam 7.30 malam.

Dengan berslogankan “Serlahkan Keberanian Wanita”, diharap para peserta mendapat ilmu dan manfaat daripada program ini. Turut diharap perserta dapat mengunakan ilmu yang diperoleh dengan betul dan sesuai dengan keadaan semasa.

Disediakan Oleh,

Qurratu ‘Aini Athirah Bt Mohd A’Azmi
Setiausaha,
Program Power Tough Girls

 

Tinggalkan komen anda