Home > Menu > Kenyataan Rasmi > KENYATAAN RASMI AJKT KEKAL PCZ 2014/2015

KENYATAAN RASMI AJKT KEKAL PCZ 2014/2015

post logo (jpg)

KENYATAAN RASMI AJKT KEKAL PCZ 2014/2015

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T. atas kurniaannya sehingga ke saat ini, Dia masih memberikan kita peluang menambah bekalan amalan di atas muka bumiNya ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi S.A.W. kerana atas usaha dakwah baginda, nikmat Islam yang kita imani ini tetap subur dalam hati kita.

Setiap tahun, ketibaan bulan Disember amatlah dinanti kerana ia merupakan bulan yang menentukan siapakah penerus kepimpinan PERUBATAN pada sesi seterusnya. Dengan merujuk Perlembagaan PERUBATAN pada BAB KEEMPAT: PERUBATAN CAWANGAN; dalam Fasal 28: Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan ; Perkara 1 (d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan  2  (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Oleh yang demikian, setelah perbincangan lumat dan teliti diadakan dengan mengambil kira kelayakan yang munasabah untuk dikekalkan, barisan AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2013/2014 telah memutuskan untuk mengekalkan 4 orang AJKT sesi ini ke sesi akan datang (2014/2015). Empat orang AJKT tersebut adalah:

SYAKIR HUSEIN BIN SOHAIMI
SYAKIR HUSEIN BIN SOHAIMI
KU FATHIN AFIFAH BINTI KU ROSELI
KU FATHIN AFIFAH BINTI KU ROSELI
NISRIN BINTI CHE RAHMAT
NISRIN BINTI CHE RAHMAT
MUHAMMAD AFZAN BIN JALALOL SAYUTI
MUHAMMAD AFZAN BIN JALALOL SAYUTI

Semoga pengekalan ini membawa rahmat besar kepada PERUBATAN Cawangan Zagazig, seterusnya menjamin kemaslahatan bersama, baik kepada pimpinan mahupun ahlinya. Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”.

ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

“AT-TAQWA, AS-SYIFA, AR-RAHMAH”

MOHD SYAHMI AMIR BIN MD. RAZALI PENGERUSI, PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2013/2014
MOHD SYAHMI AMIR BIN MD. RAZALI
PENGERUSI,
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2013/2014

Tinggalkan komen anda