Home > Menu > Berita > Smart Circle ; Tunjang Pembentukan Diri

Smart Circle ; Tunjang Pembentukan Diri

14 November 2013 – PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) sentiasa menyediakan ruang dan peluang untuk pembentukan diri mahasiswa di sini melalui Smart Circle ( SC )” demikian kalam  Pengerusi PCZ , Saudara Mohd  Syahmi Amir B. Md Razali  ketika  berucap pada slot Pelancaran Smart Circle  bagi sesi akademik kali ini . Beliau berucap pada  Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435 H bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall.

DSC_0408

Tentatif dimulakan dengan majlis berbuka puasa perdana (iftar jamaie) sempena puasa sunat pada 10 Muharam (Hari Asyura) dan diteruskan dengan majlis pelancaran Smart Circle dan Forum Maal Hijrah. Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh Saudara Muhammad Farhan Bin Ahmat Murtza selaku penyelaras SC  yang memperingatkan hadirin bahawa umat islam masa kini adalah penyampai dan penerus dakwah daripada Rasulullah S.A.W. Gimik perasmian yang menggunakan pokok sebagai simbolik bahawa SC adalah tunjang pembentukan insan muslim, akarnya tunjang kepada umat dan airnya merupakan makanan rohani yang akan membesar dan bakal memberi hasil untuk masyarakat dan umat.

Merungkai ucapan perasmian oleh Pengerusi PCZ, beliau mengimbau kembali kegigihan tokoh-tokoh Islam terdahulu dalam melaksana gerak kerja Islam berlandas konsep maratibul amal. Dengan adanya SC yang diselia oleh Mentor Council PCZ, ianya dapat mengasah soft skill di kalangan ahli serta melahirkan mahasiswa yang celik isu berkaitan Islam mahupun isu semasa.

Forum Maal Hijrah membuka tirainya dengan tajuk, Hijrah : Dimana kita? bersama ahli panel jemputan Saudara Bukhari Muslim dan Dr. Nurul Najuwa binti Sazali yang mengupas persoalan dan pandangan umat islam terhadap makna hijrah itu sendiri serta rasionalnya untuk dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat islam umumnya mahupun dalam kehidupan sebagai pelajar sains perubatan khasnya. Cabaran sebagai daie dalam jaringan pekerjaan yang menuntut pemahaman yang tinggi sebagai pengamal perubatan Islam juga turut dibincangkan. Realiti kebejatan masalah sosial dalam kalangan rakyat Malaysia serta relevan pengajaran peristiwa  hijrah Rasulullah S.A.W untuk masyarakat masa kini.

DSC_0425

“Faham konsep hijrah sebaiknya. Pastikan akhir matlamat kita akan menjadi manusia yang lebih baik dan bukan sebaliknya” ujar Saudara Bukhari sambil menyingkap sejarah hijrah Rasulullah S.A.W  dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dalam peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah. Dr. Nurul Najuwa binti Sazali yang merupakan seorang doktor pelatih di sini menegaskan kepentingan agama dalam dunia pekerjaan dan tidak terlalu membiarkan masa terluang tidak diisi dengan ilmu-ilmu agama.

DSC_0465

IMG_0712

Majlis menutup tirai dengan penyampaian Tokoh Maal Hijrah 2013 yang telah dianugerahkan kepada Saudara Mohd Zulfadzli bin Yamin dan Saudari Inirah Syazwin binti Razally .Pemilihan tokoh dinilai di atas sumbangan mereka membantu kelancaran program-program PCZ ,khidmat masyarakat dan juga pembawaan diri serta akhlak mereka sebagai mahasiswa.

Amani Binti Ramli,

Unit Liputan,

Biro Penerangan dan Penerbitan,

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014 

Tinggalkan komen anda