Home > Menu > Kenyataan Rasmi > [ KENYATAAN RASMI ] : Pemangkuan AJKT PCZ Sesi 2013/2014

[ KENYATAAN RASMI ] : Pemangkuan AJKT PCZ Sesi 2013/2014

 

logo PERUBATAN

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, segala puji di panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat. Dua nikmat terbesar yang mustahil untuk kita menafikannya; Iman dan Islam yang menjadi pegangan kita hingga akhir hayat. Semoga Allah terus menurunkan hidayah-Nya kepada kita semua.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pihak kerajaan Malaysia dengan kerjasama dari seluruh badan dan jabatan yang bertanggungjawab terhadap pendidikan rakyatnya, telah membuka ruang untuk pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir bagi menyambung pelajaran di tanah air. Hal ini berikutan keadaan politik Mesir yang dilihat agak kurang stabil dalam jangka masa yang tidak dapat dipastikan.

Ramai dalam kalangan kita yang melihat peluang ini sebagai salah satu cara untuk memastikan masa depan pelajaran mereka terjamin. Justeru kebanyakan ahli PERUBATAN memohon untuk menyambung pengajian di tanah air. Terdapat juga dikalangan pimpinan PERUBATAN di peringkat pusat mahupun cawangan yang memohon seterusnya menerima tawaran kerajaan yang bersifat one-off ini. Seorang AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig yang menerima tawaran tersebut adalah:

i) Muhammad Adib Bin Omar (Naib Pengerusi 1)

Oleh yang demikian, dengan merujuk perlembagaan PERUBATAN, bab ke-4, fasal 28, nombor 3 (a) dan (b) pindaan 2012, kekosongan jawatan dalam PERUBATAN hendaklah dipangku oleh mana-mana Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi melalui mesyuarat serta dipersetujui oleh semua ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Maka secara rasminya jawatan naib pengerusi 1 PCZ ini bakal dipangku setelah AJKT PCZ tersebut membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Jawatan kosong tersebut adalah:

i) Naib Pengerusi 1, yang akan dipangku oleh : Mohd Zakhiruddin Bin A. Bakar.

Di kesempatan ini, pihak PCZ mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh saudara Muhammad Adib Bin Omar serta seluruh ahli PCZ yang telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Semoga usaha murni kalian dalam menggerakkan persatuan selama ini dapat diteruskan dalam kampus-kampus di tanah air pula kelak.
Oleh itu, sebarang permasalahan yang memerlukan keputusan segera berkaitan dengan jabatan perancang, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Seterusnya pihak PCZ memohon maaf atas sebarang kesulitan.

Sekian.Wassalam.
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

MOHD SYAHMI AMIR BIN MD. RAZALI Pengerusi, PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/14
MOHD SYAHMI AMIR BIN MD. RAZALI
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/14

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

NUR ZAHIDAH BT HOSMAN Timbalan Pengerusi  PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/14
NUR ZAHIDAH BT HOSMAN
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/14

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda