Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Kenyataan Rasmi : Bermulanya Smart Circle Sesi 2013/2014

Kenyataan Rasmi : Bermulanya Smart Circle Sesi 2013/2014

post logo (jpg) 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian langit dan bumi dan yang tanpa henti mencurahkan rahmat kepada hamba-hambanya, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W diatas perjuangan baginda dalam menyampaikan risalah dakwah hinggalah sampai kepada kita pada hari ini.

Alhamdulillah, saban tahun mahasiswa di bumi Mesir semakin bertambah dan pada sesi ini kita masih lagi diberikan peluang untuk terus berjuang dalam menuntut ilmu untuk menjadi  pengamal perubatan muslim kelak. Oleh yang demikian, persiapan sebagai bakal pengamal perubatan muslim perlu dibentuk dalam kalangan mahasiswa pada hari ini merangkumi aspek kerohanian dan juga fizikal. Hal ini merupakan suatu keperluan yang  mampu disempurnakan dengan mengikuti sesi pentarbiyyahan melalui medium Usrah atau Smart Circle.

 Lantaran itu, diperingkat Mentor Council (MC) PERUBATAN Cawangan Zagazig telah menetapkan 15 November 2013 sebagai tarikh bermulanya Smart Circle secara rasmi.  Besar harapan kami supaya seluruh mahasiswa mampu memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan matlamat pembentukan jati diri muslim dan meningkatkan sistem pentarbiahan dalam kalangan mahasiswa perubatan dan farmasi khususnya di Zagazig.

Akhir kalam,saya menyeru semua ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig agar memanfaatkan Smart Circle sebagai medan untuk membina jati diri muslim yang sebenar, serta mengambil peluang untuk melonjakkan semangat ukhuwwah bersama-sama dengan ahli SC kalian secara khususnya, dan bersama dengan semua ahli PCZ yang lain secara amnya.

Sekian, wassalam

UMAR IZUDIN MHD RAMLI

Ketua Unit Mentor Council,
Biro Pembangunan Insan,

“Mahasiswa Islami, Qudwah Insani”

“At-Taqwa, As-Syifa’ , Ar-Rahmah”

Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014.

Tinggalkan komen anda