Home > Menu > Iklan > Kempen Kemaskini Data Dan Yuran PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

Kempen Kemaskini Data Dan Yuran PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

 

بسم الله الرحمن الرحيم

1457618_656428374379565_2001617987_n

“Barangsiapa menyiapkan kenderaan perang di jalan Allah bererti ia telah ikut berperang, dan barangsiapa meninggalkan perang tetapi menggantinya dengan kebaikan bererti ia pun telah ikut berperang.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi)

Jabatan Setiausaha dengan kerjasama Jabatan Bendahari PCZ 2013/2014 akan menganjurkan satu kempen bagi mengemaskini data ahli dan juga kutipan yuran PERUBATAN sesi 2013/2014. Kempen ini akan berlangsung selama 2 minggu bermula dari 30 November 2013.

Antara kepentingan data ahli adalah :

1. Mengemaskini data ahli yang lama.
2. Persediaan jika berlaku kecemasan.
3. Sebagai rujukan pihak berwajib seperti Education Malaysia Egypt (EME), Universiti Zagazig dan pihak berkuasa Mesir.

Bagi yuran tahunan PERUBATAN ianya adalah sebanyak LE 20 seorang. Ini bagi :

1. Membantu melancarkan gerak kerja PERUBATAN dan manfaatnya dikembalikan kepada ahli dalam bentuk program, aktiviti, produk-produk keluaran persatuan
2. Pembelian aset baru.
3. Kos pengurusan biro sepanjang tahun.

Kempen ini akan bergerak melalui wakil kelas masing-masing. Kami mengharapkan agar semua mahasiswa bersama memberi sokongan bagi menjayakan kempen ini.

Sekian,terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Jabatan Setiausaha dan Jabatan Bendahari
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014.

 

 

 

Tinggalkan komen anda