Home > Menu > Berita > Astana Idaman : Pemenang Kamsis MTA diumumkan

Astana Idaman : Pemenang Kamsis MTA diumumkan

Sabtu,2 Nov-Buat pertama kalinya penyampaian hadiah kepada johan Astana Idaman kategori ikhwah dan akhawat bagi kamsis MTA telah diadakan setelah penilaian dibuat pada sesi yang lalu. Astana Idaman merupakan satu program penilaian terhadap rumah ahli anjuran Unit Perumahan,PERUBATAN Cawangan Zagazig 2012/2013 dan baru sahaja bermula dengan musim yang pertama bagi kamsis MTA. Program yang bertemakan “Rumah Selesa,Ibadah Terjaga” ini telah mensasarkan objektif utama iaitu berusaha melahirkan seorang individu muslim yang menjadikan aspek penjagaan rumah sebagai sesuatu yang harus diambil cakna.

1453401_573282462724837_1214374349_n-2

  Johan peringkat ikhwah telah dimenangi oleh “Beit Daulah Pink” yang didiami oleh 6 sahabat dari tahun 2 Perubatan iaitu saudara Muhammad Syafiq Afifi Bin Mohd Nasir,Ahmad Fitri Bin Hamzah,Muhammad Fattah Bin Abdul Kadir,Muhammad Firdaus Bin Ibrahim,Zulfahmi Bin Abdul Majid dan Mohammad Fikri Bin Zolnuri. Manakala johan peringkat akhawat pula telah dirangkul oleh “Beit Aryanul Islam” yang diduduki oleh tiga sekawan dari tahun 4 Perubatan ; Saudari Atiqah Maslan,Saudari A’isyah Azalan dan Saudari Wan Mardhiah Wan Mohamad. Hadiah milik johan pertandingan berupa piala pusingan,sijil dan juga pelekat pintu tanda pemenang telah disampaikan oleh saudara Abdussalam Bin Mohd Rashdi,kepada pemenang ikhwah mewakili saudara Wan Mohamad Faiz Bin Wan Hassan selaku Pengarah Astana Idaman.Manakala bagi peringkat akhawat pula telah disampaikan oleh saudari Noor Farihah Bt Mokhtar selaku Timbalan Pengarah Astana Idaman.

1454879_573283022724781_531598460_n-2

Semoga dengan penyampaian hadiah ini ianya mampu memberikan inspirasi kepada ahli yang lain untuk lebih menjaya kebersihan dan suasana rumah yang didiami serta menjadikan pemenang musim lalu sebagai contoh. Setiausaha Astana Idaman Siti Hajar Bt Ahmad Fuad Unit Perumahan sesi 2012/2013.

Tinggalkan komen anda