Home > Biro PCZ > [ Kenyataan Rasmi ] : Proses Perpindahan

[ Kenyataan Rasmi ] : Proses Perpindahan

logo pcz

بسم الله الرحمن الرحيم

سلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“…dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah sangat berat seksa-Nya” (Al-Maidah; 5:2)

Bismillahirahmanirrahim,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini dan terus diberi kesempatan dalam melaksanakan amal soleh sebanyak mungkin demi merasai kemanisan iman dalam kehidupan di dunia ini.

Mutakhir ini perpindahan di kalangan mahasiswa/wi Zagazig semakin rancak, justeru Biro Perumahan PERUBATAN Cawangan Zagazig mengambil langkah untuk menerangkan kepada ahli secara terperinci tentang proses perpindahan rumah melalui Carta Aliran Perpindahan agar perpindahan dapat berjalan lancar dan tiada permasalahan yang berlaku sepanjang proses tersebut.

Untuk makluman juga, PERUBATAN Cawangan Zagazig telah bermesyuarat dan memutuskan beberapa perubahan teknikal perpindahan ahli yang sebelum ini diselia oleh Biro Perumahan PCZ bagi mengatasi beberapa kekangan yang dihadapi sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, beberapa inisiatif telah dicadang dan diputuskan bagi mengelakkan berulangnya masalah-masalah tersebut tatkala menguruskan perpindahan rumah.

[rujuk kolum URUSAN PERPINDAHAN]

CARTA ALIRAN PERPINDAHAN

Kenyataan Rasmi Proses Perpindahan-page0001

Akhir kalam, semoga segala usaha yang dilakukan ini dapat memudahkan urusan semua pihak. Hidup berkomuniti memerlukan kerjasama dan toleransi dalam setiap perkara agar wujud sikap tolong-menolong, bertimbang rasa, saling menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain. InsyaAllah.

“AT-TAQWA, AS-SYIFA, AR-RAHMAH”

“ILMUAN BERBAKTI , TEGUH SEHATI

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014 

 

Syukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar | Ketua Biro Perumahan
Syukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar | Ketua Biro Perumahan

 

Ku Fathin Afifah binti Ku Roseli | Timb. Ketua Biro Perumahan
Ku Fathin Afifah binti Ku Roseli | Timb. Ketua Biro Perumahan

 

 

 

Tinggalkan komen anda