Home > Biro PCZ > Biro Akademik > Selamat Menduduki Peperiksaan !

Selamat Menduduki Peperiksaan !

Bismillahhirrahmanirrahim,

Kami daripada barisan pimpinan PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 2013/2014 ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan selamat maju jaya bagi semua mahasiswa Malaysia Universiti Zagazig yang akan menduduki peperiksaan ulangan khas.

 

13007_567813923272257_1112203362_n

 

Berusahalah sehabis mungkin dan gantungkanlah pengharapan hanya kepada Allah dengan setinggi-tinggi pengharapan. Semoga kalian tergolong dalam kalangan orang-orang yang berjaya InsyaAllah..

Tatapilah kalam Allah :

Firman Allah SWT di dalam Al Quran yang bermaksud:
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa & buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu: orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: ‘Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.” [al-Baqarah (2) : 155-156]

dan juga dalam surah Yusuf (12) ayat 87 yang bermaksud:
…Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir.”

Andai perjuangan ini mudah,pasti ramai menyertainya.
Andai perjuangan ini singkat,pasti ramai yang istiqmah.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,pasti ramai tertarik padanya.
Tetapi hakikat perjuangan bukan begitu.
Turun naiknya.. Sakit pedihnya..
Umpama kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula.
Andai terluka, ingatlah janji-NYA
Selamat berjuang wahai sahabat…

BIRO AKADEMIK
‘Achieve The Highest, Improve Others’

‘Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati’
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

Tinggalkan komen anda