Home > Menu > Berita > Kunjungan Delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia ke Universiti Zagazig

Kunjungan Delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia ke Universiti Zagazig

ZAGAZIG – 29 Ogos 2013, Delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah meneruskan siri lawatan mereka ke universiti-universiti pengajian pelajar Malaysia di Mesir, dengan tidak terkecuali Universiti Zagazig. Satu pertemuan telah diadakan antara wakil delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak pengurusan Universiti Zagazig pada jam 10 pagi (waktu Mesir) di Pejabat Presiden Universiti Zagazig bagi membincangkan beberapa perkara terutamanya berkisarkan peperiksaan dan sesi kuliah baru bagi pelajar Malaysia di sini . 

 

 1184777_657901454228465_1126158442_nDelegasi daripada KPM terdiri daripada Pengarah Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Haji Ibrahim Ali, Pengarah Education Malaysia Egypt (EME), Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj. Safei, Pegawai JPA, Encik Muhammad Zikril Azan bin Abdullah, Encik Sulaiman, dan wakil BERNAMA. Universiti Zagazig pula diwakili oleh Penasihat Presiden selaku wakil Presiden Universiti, Dekan Fakulti Perubatan, Prof Dr. Tareq ElBromboly, Dekan Fakulti Farmasi, Prof Dr. Abdullah Al-Shanawany, Ketua Koordinator Pelajar Malaysia Fakulti Perubatan, Prof Dr. Usamah Kamhawy dan Koordinator Klinikal Farmasi, Prof Dr. Hesham Ezzat. Turut sama dijemput dalam pertemuan itu adalah wakil daripada PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) iaitu Ketua Penasihat PCZ, saudara Abd Hakim Bin Mohd Suhimin, Setiausaha PCZ, saudara Mohd Zakhiruddin Bin A. Bakar, dan Ketua Biro Pembangunan Insan, saudara Marwan Bin Muhammad.

 

 1170876_657901877561756_90779636_n

Pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu telah dipengerusikan oleh penasihat presiden Universiti Zagazig. Sebelum pertemuan tersebut, PCZ telah mengambil inisiatif dengan menghantar cadangan – cadangan berkaitan permintaan dan suara para mahasiswa Malaysia Universiti Zagazig kepada Pengarah EME dan pihak universiti. Cadangan ini dipandang positif dan telah pun dibawa masuk ke dalam mesyuarat tersebut. Wakil KPM iaitu Pengarah EME, Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj. Safei, mengatakan bahawa hasil perbincangan tersebut akan dimaklumkan melalui web rasmi KPM dalam masa terdekat. PCZ juga akan berusaha untuk mengemaskini perkara-perkara berkaitan dari semasa ke semasa.

 

1238751_657901380895139_1011215491_n

 

Secara umumnya, pihak KPM dan Universiti Zagazig mengharapkan agar semua perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan tidak membebankan mahasiswa memandangkan sesi baru pengajian dijangka bermula tidak lama lagi. Pihak PCZ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak atas usaha yang telah dilakukan. Diharap agar semua mahasiswa dapat bersabar dan mendoakan agar hasil yang akan dikeluarkan adalah yang terbaik untuk semua pihak.

 

MOHD ZAKHIRUDDIN BIN A. BAKAR

Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

Tinggalkan komen anda