Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > [ IHRAM 1434H ] : MAKLUMAN PROGRAM KHAS & IFTHOR JAMAIE

[ IHRAM 1434H ] : MAKLUMAN PROGRAM KHAS & IFTHOR JAMAIE

iftor

Bismillahhirrahmanirrahim…

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

Sukacita dimaklumkan kepada seluruh Mahasiswa di Zagazig,anda dijemput untuk menghadirkan diri ke program khas berbentuk Ceramah yang bertajuk “Kerahmatan Di Awal Ramadan” dan Ifthor Jamaie[berbuka puasa bersama] pada HARI RABU bersamaan 17hb Julai 2013 BERMULA JAM 4 petang hingga 10 malam.

InsyaAllah ceramah akan disampaikan oleh ustaz yang tidak asing lagi bagi warga Zagazig, Al-Fadhil Ustaz Solihuddin Mohammad Jahar,penuntut Master jurusan Bahasa Arab,kuliah Al-azhar.

Sebarang Sumbangan untuk Ifthor Jamaie ini amatlah dialu-alukan dan boleh menghubungi terus Bendahari IHRAM saudara Mohd Amirul Adli(01126576322) atau Saudari Fukaihah(01156679221).

Nantikan Iklan program yang menyusul akan datang.Wallahualam.

Ihya’ Ramadhan(IHRAM) 1434H
“Ramadan Kareem, Allahu Akram”
Perubatan Cawangan Zagazig
Dengan Kerjasama Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig.

Tinggalkan komen anda