Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Laporan Chit-Chat Daie sepanjang 2013

Laporan Chit-Chat Daie sepanjang 2013

Zagazig, 28 Jun – Unit Mentor Council (akhawat) telah menganjurkan Chit Chat Daie (CCD) khusus untuk memberi santapan rohani kepada para mahasiswi sains kesihatan  Universiti Zagazig sepanjang musim peperiksaan yang bermula pada 26 April hingga 28 Jun 2013.

ccd3

Chit chat daie yang bertemakan pembawaan santai ini telah diadakan pada setiap petang jumaat di sepuluh buah rumah mahasiswi yang terpilih. Antara tajuk-tajuk yang telah dibentangkan ialah :

  • Menuju Puncak  Menggapai Bintang
  • Menjejak Khilafah
  • Ahlan ya Rejab
  • Apples of my eyes
  • Kau dan aku
  • Yang Sopan itu Manis
  • Bunga-Bunga Cinta
  • Avicenna
  • Take Five
  • Malaysia Aku Datang.

d2Siri Chit-Chat Daie ini telah melabuhkan tirainya dengan tajuk kemuncaknya pada minggu terakhir iaitu minggu ke 10  yang  dibincangkan khusus buat para mahasiswi yang ingin pulang bercuti . Menjadikan tajuk pilihan,Malaysia Aku Datang” Chit Chat Daie minggu terakhit telah diadakan di rumah Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Zagazig, saudari Nur Zahidah Binti Hosman.

Apa yang menarik, chit chat daie kemuncak ini mempunyai kelainan dan keistimewaannya yang tersendiri dengan menjemput Ustazah Subaida Sahbudin yang merupakan isteri kepada Ustaz Muhammad Zul Azri Bin Zainal untuk sama-sama menyertai dan memberi ilmu kepada mahasiswi di bumi Zagazig ini.

Sebagai minggu penutup kepada 10 siri Chit Chat Daie sebelum ni, pihak Mentor Council telah sepakat untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang layak untuk mengungguli Daie Pilihan dan Daie Harapan. Daie Pilihan dinilai berdasarkan cara penyampaian daie tersebut ketika menyampaikan tajuk utama setiap kali Chit Chat Daie . Manakala Daie Harapan pula dinilai berdasarkan kehadiran penuh dan komitmen sepanjang Chit-Chat Daie berlangsung. Daie Pilihan telah dianugerahkan kepada saudari Saniyah Binti Al-Muhsin dan saudari Azra Hamizah Binti Abdul Jalil. Daie harapan pula disandang oleh saudari Khadijah Abdul Razak.d1

Sebagai konklusinya, program santai seperti Chit-Chat Daie ini diharapkan dapat diteruskan dari semasa ke semasa agar dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan mahasiswi pelbagai tahun pengajian disini . Disamping itu ,statistik kehadiran  yang positif  daripada mahasiswi sendiri menunjukkan betapa mereka sebenarnya menginginkan dan menyokong program pengisian masa senggang seperti Chit-Chat Daie ini.

Disediakan oleh,

SARINAH BT ABDUL KADIR

Setiausaha ,
Mentor Council
Biro Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2013/2014

Tinggalkan komen anda